The Malaysia Post

Jepun akan teruskan Temasya Olimpik 2020 seperti dirancang

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata temasya Olimpik di Tokyo akan dilangsungkan pada Julai sebagaimana yang dirancang. Abe berkata persediaan Jepun untuk penganjuran sukan Olimpik 2020 berjalan seperti biasa, meskipun  Presiden Donald Trump menggesa kejohanan itu ditunda ekoran penularan wabak COVID-19.

“Kami akan menangani penularan jangkitan itu (Covid-19) dan menganjurkan Sukan Olimpik tanpa masalah, seperti yang dirancang,” kata Abe.

Jepun berada di landasan untuk menganjurkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 seperti dirancang, kata jurucakap kanan kerajaan, Yoshihide Suga selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mencadangkan kemungkinan menundanya sehingga setahun.

Suga bagaimanapun tidak mengesah atau menafikan sama ada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe membincangkan mengenai komen Trump menerusi satu panggilan telefon awal hari ini. Kedua-dua pemimpin itu bercakap kira-kira 50 minit antaranya berkaitan pandemik koronavirus, kata Suga.

Jurucakap itu akan memberikan kenyataan tidak lama lagi.

“Mereka tidak bercakap mengenai mengehadkan kedatangan pengunjung antara Jepun dan Amerika Syarikat ketika saya berada di situ,” katanya yang menjelaskan dia keluar dari situ sebelum mereka menamatkan perbualan.

Abe bagaimanapun menambah, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan memuktamadkan keputusan akhir sama ada temasya itu akan diteruskan atau sebaliknya.

Penularan wabak koronavirus atau Covid-19 menimbulkan kebimbangan ramai susulan peningkatan kes dilaporkan saban hari, yang mengakibat-kan banyak negara menangguhkan acara sukan. Jepun mencatatkan lebih daripada 1,400 kes dan 28 kematian akibat wabak tersebut.

Read Previous

Pandemik Covid-19 beri kesan pasaran getah

Read Next

Huawei Mate XS, telefon pintar 5G boleh lipat

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sertai surat berita kami
Dapatkan artikel terkini, Pekerjaan, hadiah percuma, berita hiburan dihantar terus ke peti masuk anda
170000 subscribers are here