The Malaysia Post

Jemaah Haji Dilarang Membawa Pulang Air Zamzam

MAKKAH: Jemaah haji yang melakukan perjalanan ke Makkah telah diberitahu untuk tidak membawa pulang air zamzam melalui bagasi masing-masing. Hal ini disebabkan pelarangan tersebut adalah sebahagian daripada peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi. Mohd Sawal Abong, Pengarah Operasi Maktab, memberikan amaran ini supaya mengelakkan sebarang kesulitan semasa pulang ke negara asal.

Peraturan Ketat di Lapangan Terbang

Mohd Sawal Abong menyatakan, “Jangan mencuba membawa pulang air zamzam kerana ia tidak akan lulus pemeriksaan di lapangan terbang. Jika air zamzam ditemui, ia akan dikeluarkan segera daripada beg anda. Hal ini pernah terjadi sebelum ini, iaitu terdapat bberapa cubaan, contohnya seperti membalut botol air zamzam dengan plastik aluminium, namun gagal kerana kerajaan Arab Saudi memiliki peralatan imbasan yang canggih untuk mengesannya.

Baca lagi | SKMM: Tiada E-mel, Mesej Dihantar Kepada Orang Ramai untuk Menuntut Hadiah Wang Tunai

Air Zamzam Dituntut di KLIA

Walau bagaimanapun, semua jemaah haji akan dibekalkan sebanyak lima liter air zamzam di mana air zamzam ini boleh dituntut semasa mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Perkara ini memberikan kemudahan kepada para jemaah untuk memastikan setiap seorang daripada mereka mempunyai bekalan air zamzam yang mencukupi tanpa perlu membawanya sendiri.

Larangan Lain yang Perlu Diketahui

Selain daripada larangan membawa pulang air zamzam, terdapat peraturan lain yang perlu diikuti oleh jemaah haji mengikut peraturan penerbangan antarabangsa. Beberapa larangan tersebut termasuk benda tajam, bahan mudah terbakar, bahan kimia yang berbahaya, senjata api, dan sebagainya.

Baca lagi | Bintang Brazil Ronaldo menunggang basikal menuruni laluan jemaah haji selepas kenaikan pangkat Valladolid

Kemudahan Daftar Masuk Bagasi

Pihak Tabung Haji telah menyediakan perkhidmatan daftar masuk bagasi bagi jemaah haji di bangunan penginapan di Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) di Abraj Al Janadriyah, Makkah. Kerjasama dengan syarikat penerbangan telah dilakukan untuk memudahkan jemaah dalam menguruskan bagasi mereka tanpa perlu membawanya ke lapangan terbang. Proses ini amat membantu jemaah kerana ia mengurangkan kesulitan di lapangan terbang dan melancarkan proses pulang ke tanah air.

Jadual Penerbangan Jemaah Haji, Had Bagasi dan Beg Bawaan

Setiap jemaah diberi kebenaran untuk membawa pulang bagasi dengan berat maksimum 30 kilogram (kg) dan beg yang boleh dibawa ke dalam pesawat tidak boleh melebihi 7kg.

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia dengan pesawat MH8261 dijadualkan untuk berlepas pada Rabu, pukul 7.15 pagi, dan dijangka tiba di KLIA pada hari yang sama, jam 9.45 malam. Terdapat 98 penerbangan yang akan membawa pulang 31,600 jemaah haji, dengan penerbangan terakhir pada 31 Julai ini.

About Mohammed Ibrahim

Mohammad Ibrahim adalah pembela kebenaran. Dia percaya bahawa penting untuk bersuara dan memperjuangkan perkara yang betul, tidak kira apa kosnya. Mohammad telah mendedikasikan hidupnya untuk memperjuangkan keadilan sosial dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua. Beliau seorang penceramah yang berkuasa dan ahli strategi politik yang mahir.

Read Previous

Terdapat Beberapa Penguatkuasa Imigresen Masih Amal Rasuah Di KLIA – Anwar

Read Next

Gagal Jelaskan Bil Tertunggak, Elon Musk Buatkan Twitter Alami Gangguan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.