Skip to main content

The Malaysia Post

Jabatan Imigresen melanjutkan waktu operasi mulai hari Rabu

Waktu operasi di enam pejabat pengeluar pasport dan kaunter Jabatan Imigresen (JIM) akan dilanjutkan sehingga 10 malam mulai Rabu ini (11 Mei), manakala enam lagi dibuka sehingga 6 petang.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata ini antara langkah menambah baik Jabatan Imigresen khususnya menangani masalah permohonan dan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA), selain menambah bilangan kakitangan bagi mengendalikan proses PMA.

Enam premis dengan lanjutan waktu operasi sehingga 10 malam itu ialah pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Perlis akan beroperasi sehingga 6 petang.

Semua pejabat pengeluaran pasport di Semenanjung Malaysia juga akan beroperasi pada hari Sabtu dari 8 pagi hingga 12.30 tengah hari mulai 14 Mei, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata semua kaunter Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung akan dibuka sehingga 10 malam.

Menurut Khairul Dzaimee, terdapat peningkatan kira-kira 40 peratus dalam terbitan PMA, daripada 165,449 dalam tempoh 1 April hingga 6 Mei tahun ini berbanding 111,931 Mac lalu.

Beliau berkata pihaknya turut menyediakan kaunter khas bagi memudahkan permohonan pasport bagi bakal jemaah haji yang mendapat surat tawaran menunaikan haji.

Baca Lagi | Jabatan Imigresen melanjutkan waktu operasi mulai hari Rabu

“Mereka boleh datang ke mana-mana pejabat pengeluar pasport dengan membawa surat tawaran daripada TH (Tabung Haji),” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan Jabatan Imigresen akan memansuhkan STO bagi semua pejabat pengeluaran pasport di luar Lembah Klang mulai 9 Mei, manakala di Kuala Lumpur, Selangor, Johor Baru, Negeri Sembilan dan Melaka mulai 16 Mei.

Baca Juga:  Pemimpin Al-Qaeda di Yemen ditahan

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

DAP masih terbuka untuk bersekutu dengan Warisan menjelang PRU15

Read Next

Pacquiao mengaku kalah dalam pilihan raya presiden Filipina

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *