The Malaysia Post

Pelajar Tingkatan Tiga Diserang Sawan Selepas Hisap Vape di Tandas Sekolah

Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di pinggir bandar Kangar dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) pagi tadi selepas disyaki mengalami serangan sawan dipercayai berpunca daripada menghisap rokok elektronik (vape) di dalam tandas sekolah.

Diserang Sawan Selepas Hisap Vape dalam Tandas Sekolah

Kejadian yang berlaku sekitar jam 9.35 pagi itu dilaporkan berlaku ketika pelajar berkenaan sedang menduduki peperiksaan kertas Bahasa Inggeris. Mangsa bersama dua rakannya dipercayai keluar dari kelas tanpa kebenaran guru dan menuju ke tandas.

Menurut Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Rose Aza Che Arifin, pelajar terbabit dibawa semula ke kelas oleh dua rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berbuih di mulut.

“Guru bertugas segera memaklumkan kepada pihak pentadbir sekolah dan ambulans dihubungi dengan segera. Waris pelajar juga dimaklumkan serta-merta,” katanya dalam kenyataan media.

Baca lagi | Khairy Dedah Ditekan MOF Nyahsenarai Nikotin Demi Cukai

Punca Masih Disiasat – Jenis Vape Belum Dikenal Pasti

Siasatan awal mendapati pelajar itu dipercayai telah menghisap vape bersama rakan-rakannya dalam tandas sekolah kira-kira jam 9.30 pagi.

“Setakat ini, pihak perubatan masih belum dapat mengenal pasti jenis vape atau kandungan cecair yang digunakan. Kita juga telah menghantar guru disiplin dan kaunselor ke hospital bagi menjalankan siasatan dan mendapatkan maklumat lanjut daripada pelajar,” ujar Rose Aza.

Dalam pada itu, pihak sekolah juga telah menyediakan laporan awal kepada Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Perlis, selain berhubung rapat dengan keluarga pelajar.

Baca lagi | Khairy Dedah Ditekan MOF Nyahsenarai Nikotin Demi Cukai

Langkah Kawalan dan Pencegahan Diperketat Susulan Pelajar Hisap Vape

Beliau turut menegaskan bahawa insiden ini adalah satu peringatan penting kepada semua pihak, terutama sekolah dan ibu bapa agar sentiasa memberi perhatian terhadap tabiat dan tingkah laku remaja, terutamanya berkaitan penggunaan vape yang semakin berleluasa.

Pihak sekolah akan mengambil langkah tegas dalam memperketatkan pemantauan terhadap pelajar serta memperkukuh pendidikan berkaitan kesihatan dan bahaya penggunaan vape melalui program pendidikan dan bimbingan.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Android 16 Perkenal Ciri But Semula Automatik Untuk Elak Kecurian Data

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *