Dokumen mahkamah mengenai tuntutan hak penjagaan anak bagi pasangan pelakon Adam Shahz dan Fatin Afeefa telah tersebar luas di media sosial dan menjadi perhatian ramai, serta mencetuskan pelbagai perbincangan.
Dalam dokumen tersebut, Adam Shahz didakwa memfailkan tuntutan untuk mendapatkan hak penjagaan anak mereka. Isi kandungan dokumen tersebut juga menyatakan bahawa Fatin Afeefa telah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak mereka yang bernama Ivy Herra Sophia. Walau bagaimanapun, dokumen tersebut masih belum disahkan oleh pihak berkuasa dan tidak diketahui sumber sebenar dokumen tersebut.
Baca lagi | Guan Eng nafi dakwaan membatalkan pengecualian pajak terhadap Yayasan Albukhary
Perkembangan ini telah memicu reaksi netizen di media sosial dan menjadi perbincangan hangat di kalangan peminat pasangan pelakon ini. Fatin Nur Afiffah Shamsudin, nama sebenar Fatin Afeefa, kemudian memuat naik kenyataan di Instagram meminta semua pihak untuk menghormati proses mahkamah dan tidak membuat spekulasi atau posting berkaitan isu tersebut.
Kenyataan media oleh Fatin Afeefa
Beliau juga menegaskan bahawa sebarang posting atau tindakan ulasan berkaitan isu tersebut pada masa ini adalah pramatang dan boleh menjejaskan reputasi mana-mana pihak. Fatin Afeefa turut menegaskan bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu yang menyebarkan dokumen sulit tersebut dan berharap agar netizen mampu menghormati proses pembicaraan di Mahkamah sebelu mengeluarkan apa-apa posting yang dianggap tidak menghormati Mahkamah.
Sebelum ini, Fatin Afeefa telah memfailkan bantahan terhadap bekas suaminya yang memohon hak lawatan, bersama dan bermalam terhadap anak mereka. Tindakan pendakwaan Adam Shahz dan bantahan Fatin Afeefa terus menimbulkan pelbagai corak pembicaraan netizen kerana sikap tidak mengalah pasangan selebriti tersebut menunjukkan dan membuktikan bahawa terdapatnya beberapa konflik dan pertikaian dalam hubungan mereka yang telah mendorong ke arah implikasi perebutan hak penjagaan anak.
Baca lagi | Pendaratan Kecemasan di Kota Kinabalu Mencemaskan Penumpang Pesawat Filipina
Sementara itu, tarikh sebutan berhubung tuntutan hak penjagaan anak telah ditetapkan pada 17 April akan datang dan pelbagai spekulasi terus berleluasa di kalangan netizen mengenai isu ini. Fatin Afeefa dan Adam Shahz berharap agar kes ini dapat diselesaikan oleh Mahkamah dengan adil dan saksama, juga harapan agar netizen agar bertolak ansur dan tidak melakukan sebarang provokasi.