SINGAPURA: Hari ini, Singapura telah menghukum mati seorang lelaki warganegara yang disabitkan kesalahan dalam mengedar dadah, kata seorang wakil dari keluarganya, walaupun terdapat rayuan yang telah dikemukakan daripada saudara-mara dan aktivisnya untuk memohon agar kesalahannya itu diampunkan.
Walau bagaimanapun, rayuan yang dibuat itu tidak menghentikan sabit kesalahan yang dilakukan oleh Tangaraju Suppiah, 46.
Tangaraju Suppiah telah disabitkan bersalah kerana bersubahat dalam penyeludupan ganja pada tahun 2013, iaitu dengan hasil bukti yang diperoleh lebih daripada 1kg (2.2 paun) ganja, dua kali ganda ambang hukuman mati di negara kota itu, yang terkenal dengan undang-undang keras mengenai narkotik.
Kokila Annamalai, yang merupakan seorang aktivis hak asasi berpangkalan di Singapura yang mewakili keluarga itu, mengesahkan bahawa Tangaraju telah dihukum gantung selepas presiden menolak rayuan untuk pengampunan pada malam sebelum hukuman mati yang akan dilakukan pada hari ini.
Baca lagi | <strong>Dadah Bernilai RM3.22 Juta Dirampas</strong>
Kerajaan Singapura Ulas Kenyataan Branson
Jutawan British Richard Branson, yang merupakan seorang penentang hukuman mati yang sangat terkenal di dunia, berkata keputusan yang telah dibuat terhadap Tangaraju itu tidak memenuhi piawaian untuk sabitan jenayah.
Hal ini adalah kerana tangaraju tidak berada berdekatan dengan dadah ketika dia ditangkap oleh pihak polis.
Kenyataan Richard Branson itu dijawab oleh pihak Kerajaan dengan kenyataannya yang mengulas apa yang diperkatakan oleh Branson adalah jajaan palsu dan tidak menghormati sistem keadilannya, sambil menambah bahawa mahkamahnya menghabiskan lebih daripada tiga tahun memeriksa kes itu dan dakwaan Branson adalah “sangat tidak benar”.
Baca lagi | Penghapusan Hukuman Mati Mandatori Diluluskan
Aktivitis Persoal Keputusan Hukuman Mati
Kes berkenaan yang turut menarik perhatian Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga turut menyeru agar Singapura tidak meneruskan pelaksanaan hukuman terhadap tangaraju dan “mengguna pakai moratorium rasmi ke atas hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah”.
Setakat ini, Singapura telah pun menghukum bunuh seramai 11 orang pada tahun lalu dan berkata hukuman mati adalah pencegahan yang sangat berkesan terhadap dadah dan kebanyakan rakyatnya menyokong dasar yang dilaksanakan kerajaan itu. – Reuters