The Malaysia Post

‘Bungkus’ Awal – Lee Zii Jia Gagal Pertahan Juara

KUALA LUMPUR: ‘Bungkus awal’ itu yang dapat disimpulkan pada perlawanan pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC 2023) apabila pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia gagal dalam misi mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada kejohanan tahun yang lalu.

Lee Zii Jia yang berada pada ranking ke-empat dunia, terpaksa akur dengan kekalahannya itu apabila tewas 19-21, 16-21 di tangan pemain Hong Kong, Ng Ka Long. Kejohanan Badminton Asia (BAC 2023) diadakan di Dewan Tertutup Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ka Long Tempah Slot

Kemenangan yang diperoleh itu, membuatkan Ka Long yang berada pada ranking ke-17 dunia, menempah slot yang seterusnya. Ka Long akan berdepan pemain jepun, Kanta Tsuneyama bagi merebut tiket ke suku akhir pada pusingan yang seterusnya.

Untuk rekod, pada kejuaraan kalin ini Lee Zii Jia tampil dengan prestasi yang tinggi apabila mengungguli kejohanan pada edisi Manila 2022 di Filipina yang lalu. Pada kejuaraan tersebut, Lee Zii Jia berjaya menjinakkan pemain Indonesia, Jonatan Christie dengan himpunan mata 21-17, 23-21 dalam perlawanan akhir.

Baca lagi | Chong Wei Akan Bantu Tze Yong menyertai Zii Jia di Sukan Paris

Saling Berkejaran Mata

Kejohanan Badminton Asia (BAC 2023), pada set pertama, Zii Jia selesa mendahului 7-2 namun ia tidak kekal lama apabila Ka Long kemudiannya bangkit memimpin permainan 15-13.

Perlawanan menjadi semakin menarik apabila kedua-dua mereka saling berkejar mata pada kedudukan 20-17, sehingga pemain Hong Kong tersebut memenanginya dengan mata 21-19.

Pada set kedua pula, kedua-dua pemain saling berkejar mata sehingga kedudukan 10-6. Namun pada mata 14-10, Ka Long mula menguasai permainan sehingga kemenangan berpihak padanya dengan mata akhir 21-16.

Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong juga turut tewas kepada pemain Hong Kong, China Lee Cheuk Yiu 21-17, 21-18.

Baca lagi | Ameer 25 Tahun, Jurulatih Termuda Badminton Malaysia

Kekalahan Kedua Berturut-turut

Pemain Singapura, Loh Kean Yew pula menempah slot yang seterusnya setelah menewaskan Lakshya Sen dari India dengan kedudukan mata 21-7, 23-21.

Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut Zii Jia di tangan lawan berkenaan apabila turut tewas dalam saingan Masters Indonesia pada Januari yang lalu.

Zii Jia sempat ‘berguru’ selama dua minggu di Hong Kong bagi menjalani latihan bersama barisan pemain negara itu termasuk Ka Long sebelum kejohanan bermula.

About Mohammed Ibrahim

Mohammad Ibrahim adalah pembela kebenaran. Dia percaya bahawa penting untuk bersuara dan memperjuangkan perkara yang betul, tidak kira apa kosnya. Mohammad telah mendedikasikan hidupnya untuk memperjuangkan keadilan sosial dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua. Beliau seorang penceramah yang berkuasa dan ahli strategi politik yang mahir.

Read Previous

ASTRO Moonbin – Polis Syak Bunuh Diri

Read Next

Komplot dengan Jho Low, Penyanyi Rap The Fugees Disabit Bersalah Atas Tuduhan Jenayah

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.