The Malaysia Post

Bukit Aman: Sindiket penipuan Macau ‘Macau Scam’ kembali lagi

Mohd Kamarudin Md Din

Credits: yimg

Memanggil mangsa memaklumkan mereka layak menerima insentif atau bantuan daripada kerajaan adalah antara modus operandi terbaharu sindiket penipuan Macau untuk memperdaya mangsa mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata sindiket itu akan meminta mangsa menyerahkan nama pengguna (ID) atau kata laluan perbankan dalam talian mereka dengan alasan untuk memudahkan proses pembayaran.

“Bagaimanapun, selepas mereka (pelaku) mendapat ID dan kata laluan, mangsa mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pemantauan polis mendapati sindiket seperti itu kerap menukar modus operandi yang digunakan untuk memperdaya mangsa.

Selain itu, beliau berkata mangsa turut terpedaya dengan menerima panggilan telefon daripada “pegawai” daripada agensi penguatkuasa seperti polis, mahkamah, atau Bank Negara, yang memaklumkan akaun mereka sedang disiasat dan wang itu akan dibekukan.

“Mangsa akan diminta membuka akaun bank baharu dan mengaktifkan kemudahan perbankan dalam talian dengan mendaftarkan nombor telefon yang diberikan sindiket, sebelum mendapati wang dalam akaun mereka sudah habis,” katanya.

Mohd Kamarudin berkata, polis sentiasa komited dalam memastikan jenayah membabitkan penipuan panggilan telefon dapat dibendung, bagaimanapun sindiket yang dikenal pasti turut membabitkan rangkaian di luar negara sehingga menyukarkan pihak berkuasa membanteras kegiatan itu.

Tahun lepas, sebanyak 1,585 kes penipuan Macau disiasat membabitkan kerugian berjumlah RM560,886,377.14 dan seramai 9,646 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan itu, katanya.

Baca Lagi | Bukit Aman: Sindiket penipuan Macau ‘Macau Scam’ kembali lagi

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak berkongsi sebarang maklumat perbankan dan nombor telefon dengan orang lain terutama individu yang tidak dikenali.

Menurutnya, orang ramai boleh menghubungi polis melalui Pusat Tindak Balas Penipuan CCID di talian 03-26101559/1599 sekiranya ada keraguan, atau mendapatkan nasihat berhubung jenayah komersial.

Read Previous

Harimau Panjang aka ‘Long Tiger’ direman di Penjara Sg Udang

Read Next

Malaysia boleh melihat 30,000 kes Covid-19 setiap hari menjelang Mac jika gelombang Omicron tidak dihalang

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sertai surat berita kami
Langgani sekarang untuk mendapatkan artikel kami yang terkini, baru, hangat, dan semasa yang dihantar terus ke emel anda
170000 subscribers are here