The Malaysia Post

UAE ambil langkah maksimum kendalikan krisis pandemik COVID-19

Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mengambil langkah-langkah yang maksimum dan memastikan semua usaha untuk melaksanakan tugas-tugas kebangsaan dan antarabangsa dijalankan sepenuhnya. UAE tidak hanya meratakan unjuran, tetapi juga berhasil melepasi ujian danmencapai usaha pencegahan ke peringkat tertinggi di seluruh dunia.

Pemerintah UAE tidak memandang enteng keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk, mereka mencegah negativiti dan menyebarkan positiviti di kalangan semua komuniti. Para pemimpin dan pihak rasmi kerajaan memastikan makanan yang mencukupi dan bekalan perubatan kepada semua, manakala pasar raya, farmasi dan klinik mengekalkan servis layanan yang sama tanpa huru-hara dan panik.

Dengan bimbingan dan sokongan sepenuhnya diberikan oleh pemimpin, langkah-langkah telah diambil dengan serius sehinggakan kerajaan UAE mengarahkan agar masjid dan tempat ibadat di negara itu ditutup sehingga pandemik berakhir.

Negara itu juga dengan segera melancarkan Program Pembelajaran Jarak Jauh (Distance Learning Programme) untuk sekolah awam dan swasta, termasuk di peringkat pendidikan tinggi dalam usaha kerajaan untuk mempraktik penjarakan sosial (social distancing) dengan berjaya.

Kerajaan UAE juga mengambil pendekatan dengan menghubungi semua warganegara itu yang belajar di luar negara dengan memberikan pilihan alternatif kepada mereka untuk kembali ke tanah air dan meneruskan pengajian mereka di sini secara percuma sebagai langkah untuk memastikan keselamatan mereka terjamin.

Atas arahan daripada pemimpin, UAE telah membawa pulang warga Sudan dan Yaman yang terbiar daripada bandar Wuhan, di mana wabak itu mula merebak. Kerajaan UAE meletakkan mereka di bawah kuarantin dan pemantauan di Zayed Humanitarian City, di mana akhirnya mereka semua diuji negatif COVID-19.

Pihak kerajaan UAE melakukan saringan pelancong luar untuk elak jangkitan koronavirus

Sementara itu, walau apapun hubungan UAE dengan Iran, kerajaan telah menghantar semua bekalan kelangsungan hidup yang diperlukan untuk menangani cabaran global ini ke Iran dengan kerjasama daipada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

UAE berjaya mengendalikan krisis secara penuh kemanusian dan berkesan, bermula dari langkah-langkah pencegahan, diagnosis, rawatan, kuarantin, sehinggalah memastikan pemulihan penuh kepada warganegara mereka, masyarakat, individu terbiar dan negara-negara yang mengalami kesukaran mengendalikan pandemik wabak ini.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

7,500 anggota ATM turun padang untuk pertingkatkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan

Read Next

Sejauh mana keperluan topeng muka dan bahan pencuci tangan untuk orang awam?

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.