The Malaysia Post

Atlet negara, Jackie Wong positif koronavirus

Atlet negara, Jackie Wong Siew Cheer disahkan positif koronavirus (COVID-19), menjadikan atlet negara pertama yang dijangkiti dengan wabak penyakit itu.

Menerusi satu kenyataan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican berkata Jackie, 28 tahun, dipercayai dijangkiti dari ayahnya yang didapati positif COVID-19 sebelum ini. Jaguh baling tukul besi tersebut telah pulang ke Sarawak pada 11 Mac lalu dan dikuarantin di Hospital Sibu.

“Sebagai langkah segera untuk keselamatan dan kesihatan atlet- atlet pelbagai acara sukan, saya mengarahkan agar fasiliti MSN dan ISN yang telah dikunjungi atlet itu untuk ditutup sementara untuk tujuan proses pembasmian / sanitasi yang sepenuhnya. Proses ini dijangka selesai dalam masa dua hingga tiga hari,” kata Reezal dalam satu kenyataan pada Isnin.

Berikutan itu, semua atlet, jurulatih dan pegawai yang mempunyai kontak rapat dengan atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer, yang disahkan positif COVID-19, akan dikuarantin selama 14 hari sebagai langkah pencegahan terhadap penularan wabak itu.

Jackie, 28, merupakan pemenang pingat gangsa Sukan SEA sebanyak tiga kali berturut-turut dari 2011 hingga 2015, sebelum meraih emas pada edisi 2017 di Kuala Lumpur. Namun pada edisi di Filipina tahun lepas, beliau terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Di peringkat Asia, Jackie menamatkan saingan Sukan Asia 2018 di Indonesia di tempat ketujuh dengan balingan sejauh 65.92m, selain pencapaian tempat kelapan dalam Kejohanan Asia 2017 dan 2019.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Filipina umumkan lockdown, hentikan pasaran kewangan

Read Next

Malaysia di kedudukan tertinggi di Asia Tenggara yang terjejas dengan “Stalkerware”

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.