Filipina umumkan lockdown, hentikan pasaran kewangan

Bursa Saham Filipina ditutup pada Selasa sementara perdagangan mata wang dan bon digantung, menjadikan penutupan pasaran kewangan pertama di seluruh dunia sebagai tindak balas kepada wabak koronavirus.

Penutupan ini muncul selepas beberapa bursa di seluruh dunia menutup ruang niaga atau menghentikan seketika urusan niaga setelah jatuh dalam nilai pasaran bagi memastikan keselamatan para niaga.

Penutupan ini juga dilakukan sejalan dengan arahan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang mengisytiharkan lockdown di Manila beberapa hari lalu. Ia juga melakukan kuarantin di Pulau Luzon.

Duterte memperluaskan langkah kuarantin selama sebulan, atau hingga 12 April 2020 di seluruh Pulau Luzon, termasuk di ibu kota Manila. Tindakan kuarantin ini akan mengunci sekitar 60 juta orang bertujuan membendung penyebaran koronavirus.

Hal ini akan menganggu ekonomi Filipina, yang mana Luzon bertanggungjawab atas 70 peratus penyumbang kepada hasil ekonomi negara itu. Hal itu juga mendorong penangguhan perdagangan saham, obligasi dan mata wang mulai besok.

Luzon akan dikuarantinkan secara ketat oleh pihak polis dan tentera. Pengangkutan awam akan ditangguhkan buat sementara dan rakyat negara itu terpaksa bekerja dari rumah untuk membatasi pergerakan secara signifikan. Mereka hanya dibenarkan meninggalkan rumah untuk membeli makanan, ubat-ubatan, dan barang-barang keperluan sahaja.

J M Riaz

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

Read Previous

“Social distancing” sebagai langkah pencegahan wabak

Read Next

Atlet negara, Jackie Wong positif koronavirus

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.