The Malaysia Post

Sumbangan berterusan dari UAE ke Malaysia untuk menanangi COVID19

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia intai pelbagai lagi bentuk kerjasama yang dapat dijalinkan selain usaha menangani COVID-19.

Beliau juga berata kerjasama di antara dua negara ini bukan sahaja bertujuan memudahcara urusan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara tetapi juga bagi mendapatkan ubat untuk merawat serta vaksin untuk mencegah wabak itu.

Kementerian Luar turut menerima sumbangan peralatan perubatan daripada UAE yang terdiri daripada 14,000 unit cecair pembasmi kuman yang dianggarkan lebih kurang tujuh tan.

Dalam laman Facebook Datuk Seri Hishammuddin, kerajaan UAE diwakili oleh Duta UAE ke Malaysia, Khalid Ghanim Mohammad Al-Ghaith manakala Wisma Putra diwakili oleh Ketua Setiausaha Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

Sebahagian peralatan perubatan yang disumbangkan oleh Kerajaan UAE dikhususkan bagi menjayakan inisiatif Malaysia’s Diplomatic Equipment Stockpile (MDES) yang akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan COVID-19 Wisma Putra di dalam negara serta perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara.

Beliau berkata selain menyumbangkan peralatan perubatan melalui MDES, UAE turut bermurah hati menyumbangkan pelbagai lagi bentuk peralatan perubatan termasuklah Test Kits For Antigen kepada Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Wisma Putra pada 30 Mac lepas.

Pada 27 April yang lepas, Malaysia juga turut menerima peralatan tambahan daripada Kerajaan UAE, iaitu 20,000 unit RT PCR Test Kits; 37,000 unit IgC IgM Test Kits; 20,000 unit Viral Transport Medium Swab; dan satu unit Automated Extraction Machine.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya (Hishammuddin) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khususnya kepada Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa UAE Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan serta kepimpinan tertinggi Kerajaan UAE.

Baca Juga:  Kod QR Bakal Dilaksanakan untuk Pelepasan Imigresen di Tambak Johor Bermula 1 Jun Ini

“Sesungguhnya, sumbangan ini membuktikan keakraban hubungan dua hala Malaysia-UAE yang telah terjalin sekian lama,”.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Tawaran diskaun bayaran saman hingga 50 peratus – PDRM

Read Next

Agong cuba menasihati Dr Mahathir agar tidak meletakkan jawatan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *