Selangor mencatatkan jumlah kes HIV tertinggi di Malaysia mengikut negeri sepanjang tahun 2025 dengan 896 kes, bersamaan 32 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan.
Angka ini bermakna hampir satu pertiga daripada jumlah kes HIV di seluruh negara datang dari Selangor. Perkara ini dikongsikan menerusi laporan portal kesihatan awam MyHEALTH berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Selain Selangor, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut merekodkan jumlah kes yang agak tinggi. Kedua-duanya masing-masing menyumbang 11 peratus daripada keseluruhan kes HIV pada tahun berkenaan.
Senarai Kes HIV Tertinggi Di Malaysia Mengikut Negeri Pada 2025
Berdasarkan infografik Taburan HIV Mengikut Negeri Malaysia 2025, data yang dipetik daripada Sektor Kawalan HIV, STI dan Hepatitis C, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM menunjukkan jumlah kes yang berbeza mengikut negeri.
Berikut ialah pecahan kes HIV tertinggi di Malaysia mengikut negeri yang direkodkan:
- Selangor: 896 kes (32 peratus)
- Sabah: 325 kes (11 peratus)
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 324 kes (11 peratus)
- Johor: 232 kes (8 peratus)
- Sarawak: 205 kes (7 peratus)
- Pulau Pinang: 181 kes (6 peratus)
- Perak: 113 kes (4 peratus)
- Pahang: 105 kes (4 peratus)
- Kelantan: 84 kes (3 peratus)
- Kedah: 84 kes (3 peratus)
- Negeri Sembilan: 84 kes (3 peratus)
- Terengganu: 70 kes (2.5 peratus)
- Melaka: 56 kes (2 peratus)
- Perlis: 28 kes (1 peratus)
- Wilayah Persekutuan Labuan: 14 kes (0.5 peratus)
Apa yang boleh dilihat, jumlah kes di Selangor agak jauh berbeza berbanding negeri-negeri lain. Sabah dan Kuala Lumpur pula mencatatkan angka hampir sama, masing-masing dengan 325 dan 324 kes.
Johor berada di kedudukan seterusnya dengan 232 kes, manakala Sarawak dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 205 dan 181 kes.
Namun, angka ini merujuk kepada jumlah kes HIV tertinggi di Malaysia yang dilaporkan bagi tahun 2025. Ia tidak bermaksud semua penduduk di negeri berkenaan mempunyai risiko jangkitan yang sama.
Kes HIV Tertinggi di Malaysia Mengikut Negeri 2025: Orang Ramai Digalakkan Peka Dengan Status Kesihatan
Susulan perkongsian data kes HIV tertinggi di Malaysia tersebut, MyHEALTH turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengambil berat tentang kesihatan diri.
Pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV boleh membantu seseorang mengetahui status kesihatan masing-masing. Jika ada kemungkinan terdedah kepada jangkitan, jangan tunggu sehingga muncul gejala untuk mendapatkan pemeriksaan.
Untuk pengetahuan, HIV ialah virus yang menyerang sistem pertahanan badan. Jangkitan ini boleh dikawal dengan rawatan antiretroviral (ART), dan individu yang mendapatkan rawatan serta penjagaan yang sesuai boleh menjalani kehidupan yang sihat.
HIV juga tidak merebak melalui sentuhan biasa seperti bersalaman, berpelukan, berkongsi makanan atau menggunakan tandas yang sama.
Sebab itu, penting untuk kita faham tentang HIV dengan maklumat yang betul. Elakkan membuat andaian atau memandang serong terhadap individu yang hidup dengan HIV.
Kesedaran, pemeriksaan awal dan rawatan yang sesuai memainkan peranan penting dalam usaha membendung penularan HIV di Malaysia.
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Negeri Kes HIV Tertinggi di Malaysia
1. Negeri kes HIV tertinggi di Malaysia pada 2025?
Selangor mencatatkan jumlah kes HIV tertinggi di Malaysia dengan 896 kes, bersamaan 32 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan.
2. Berapa jumlah kes HIV di Kuala Lumpur pada 2025?
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan sebanyak 324 kes, iaitu kira-kira 11 peratus daripada keseluruhan kes.
3. Adakah HIV boleh merebak melalui sentuhan biasa?
Tidak. HIV tidak merebak melalui bersalaman, berpelukan, berkongsi makanan atau menggunakan tandas yang sama.







