Apakah yang membezakan seorang calon dengan calon yang lain semasa proses permohonan pekerjaan? Sama ada ianya melibatkan peringkat pemilihan resume atau proses temuduga, terdapat kualiti tertentu yang turut menjadi tumpuan para perekrut. Bagi para pencari kerja yang mahu berada satu langkah di hadapan berbanding yang lain, sangat penting untuk mereka tahu kemahiran yang paling dikehendaki oleh para majikan.
Di era yang sangat berdaya saing ini, majikan dan perekrut sedar bahawa lebih mudah untuk melatih individu pintar untuk melaksanakan peranan yang spesifik. Ini selagi mereka turut mempunyai set kemahiran yang tidak perlu diajar lagi termasuklah pemikiran kritis, kemahiran insaniah dan beberapa kompetensi asas dalam bidang kepakaran.
Sekiranya anda ingin mendapatkan pekerjaan atau cemerlang dalam kerjaya yang anda ceburi, cuba praktikkan kemahiran-kemahiran yang anda rasakan masih mempunyai kelemahan dan mencari cara untuk menggilapkan kemahiran tersebut.
1. Kemahiran Berkomunikasi (Mendengar, Bercakap dan Menulis)
Kemahiran berkomunikasi adalah set kemahiran pertama yang mungkin diambil pandang oleh bakal majikan. Dari saat pertama kali anda berkomunikasi, majikan akan meneliti sikap dan kebolehan anda bertutur dengan baik.
Tidak kisahlah melalui cara anda bercakap di telefon, melalui cara anda memberikan maklumat melalui emel, resume dan cover letter anda, atau cara bagaimana anda membawa diri anda ketika temuduga, mereka akan sentiasa menilai jika anda mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.
Oleh itu, anda harus memastikan anda membaca dengan teliti setiap bentuk komunikasi bertulis yang anda hantar, dan luangkan masa anda untuk mendengar apa yang mereka tanyakan kepada anda (atau membaca arahan dengan teliti), dan jawab dengan jawapan yang berwibawa serta ayat yang betul dari segi tatabahasa dan sebutan.
2. Kemahiran Analitikal dan Penyelidikan
Sejurus sahaja anda fikir soalan/masalah yang ditanyakan kepada anda begitu mudah, sila berhati-hati dengan memberikan jawapan yang tergesa-gesa. Ambil masa untuk menganalisis keadaan permasalahan, fikirkan semua senario yang wajar, dan sekiranya ianya wajar tanyakan untuk diberi sedikit masa untuk anda lakukan penyelidikan supaya anda mengetahui dengan lebih lanjut.
Menjadi seorang yang analitikal tetapi juga mempunyai kemahiran penyelidikan yang hebat akan membezakan seseorang pekerja dengan pekerja lain. Ia menunjukkan keazaman dan keupayaan anda untuk menilai sesuatu senario yang berbeza dan juga komitmen penuh anda sebelum memberikan jawapan kepada majikan.
3. Kebolehan Interpersonal
Di dalam satu organisasi pekerjaan, para pekerja semua perlu bekerja dengan setiap orang untuk menyiapkan sesuatu projek atau tugasan. Tidak kiralah sama ada bekerja dengan pasukan, atau berurusan denga klien dan pembekal, kebolehan interpersonal adalah merupakan satu kelebihan yang dicari oleh para majikan.
Keupayaan untuk membina hubungan dengan mereka di sekeliling anda dalam apa jua keadaan dan kebolehan anda untuk memberikan inspirasi terhadap apa yang perlu dilakukan adalah penting.
4. Kemahiran Kepimpinan dan Pengurusan
Kepimpinan tidak semestinya mengenai individu yang berkuasa mengarahkan orang lain. Sebaliknya, ianya adalah nilai-nilai yang penting dalam memupuk kerjasama, berusaha ke arah matlamat yang sama, dan bertindak sebagai pemimpin dalam apa-apa peranan yang ditanggung. Kepimpinan adalah sebahagian daripada fungsi-fungsi pengurusan.
Kejayaan sesebuah organisasi amat berkait rapat dengan kemampuan pengurusan dan kepimpinan organisasi. Pengurusan dan kepimpinan tidak dapat dipisahkan.
5. Kebolehan untuk Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah
Perancang keputusan dan penyelesaian masalah adalah kemahiran lain yang sangat diperlukan dan dicari oleh para majikan. Kebolehan untuk mengenalpasti masalah yang rumit dan mampu merujuk maklumat yang berkait dengan masalah bagi mengembangkan dan menilai sebarang pilihan dan menjalankan penyelesaian, boleh membezakan seseorang pekerja dengan yang lain.
Seseorang yang memiliki sifat ataupun kemahiran ini mampu untuk melihat apa sahaja situasi dari pelbagai sudut yang berbeza. Lantas dia mampu untuk mencari formula penyelesaian yang terbaik bagi menghadapinya. Tanpa mengira bidang yang diceburi, orang yang mempunyai kemahiran ini akan sentiasa memiliki kelebihan di dalam kerjayanya.
6. Kebolehan untuk Merancang, Menjalankan dan Mengutamakan Kerja
Walaupun kelihatan sangat remeh, seseorang individu yang boleh menunjukkan bahawa beliau mampu untuk merancang dan menjalankan tanggungjawabnya dalam kerjanya dilihat sebagai pekerja yang sangat bermanfaat dalam organisasi kerja. Kebolehan ini memerlukan seseorang individu untuk memberikan tumpuan yang teliti terhadap cara merancang tugasan dan memastikan sentiasa peka terhadap tarikh akhir sebarang tugasan yang diberikan.
Seorang pekerja yang mampu menumpukan terhadap tugasan diberikan dan boleh menyampaikan maklumat dengan senang dan pantas menandakan bahawa beliau sentiasa berada pada aras atas dan selalu diharapkan untuk menyampaikan tugasan atau maklumat yang dikehendaki.
7. Percakapan awam (Public Speaking)
Percakapan awam adalah kemahiran paling penting yang perlu ada, di mana ianya memerlukan keyakinan diri yang tinggi, latihan, dan menganalisa ‘audience’ anda. Walaupun sesetengah individu dikurniakan dengan kemahiran ini secara semula jadi, namun begitu ianya adalah kemahiran yang boleh diperolehi melalui pembelajaran seperti latihan.
Kebanyakan majikan ingin mengambil seseorang yang boleh membawa diri mereka dengan sangat baik sambil menyampaikan nilai dan produk syarikat kepada klien. Mereka yang mampu bercakap dengan baik boleh dipercayai untuk mewakili syarikat secara keseluruhannya.
8. Kebolehan Kreativiti
Menjadi seseorang yang mempunyai kreativiti tertentu sangat memanfaatkan terhadap sebarang peranan yang ada di tempat kerja. Ia melibatkan keupayaan untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan uang menggunakan kreativiti, pemikiran dan pengalaman lampau, ditambah pula dengan maklumat dan sumber yang ada.
Dengan menggunakan cara inovatif untuk memperbaiki alur kerja dan proses di tempat kerja, atau mencari cara baru untuk menguruskan sesuatu pekerjaan dapat mengubah dinamika syarikat sambil menjimatkan masa dan kos selain turut meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.
9. Mengutamakan Perincian
Walaupun ramai yang melihat bahawa penyelesaian secara keseluruhan adalah sangat penting berbanding penekanan yang kecil, namun penekanan terhadap perincian yang sebenarnya mampu menonjolkan seseorang itu dalam bidang yang mereka lakukan. Mengutamakan perincian mungkin akan menyelamatkan syarikat dalam keadaan kacau bilau dan mengelakkan daripada hasil yang tidak baik.
10. Etika Kerja yang Baik
Para majikan selalu mencari pekerja yang mempunyai keinginan atau minat terhadap perkara yang mereka lakukan serta komited dengan tugasan yang diberikan. Etika kerja yang baik tidak hanya sekadar mereka menyelesaikan tugasan atau mencari jalan penyelesaian dalam sebarang masalah semata-mata. Ianya juga turut mengambil kira tiba di tempat kerja pada masa yang ditetapkan, kesanggupan untuk menyiapkan kerja, dan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan atau kesalahan adalah petunjuk asa komitmen baik seseorang pekerja.
One Comment
Kennith, USA 2022 06 19 17 13 02 cialis generic 5mg