Pada awal pagi tadi, seorang pengawal keselamatan disahkan meninggal dunia selepas tertimbus akibat insiden tanah runtuh di Wisma YPR, Jalan Syed Putra Kuala Lumpur.
Mayat mangsa, seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an, ditemui pada 6.23 pagi tadi oleh Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan tersebut, pondok pengawal dihempap oleh runtuhan batu penahan tebing ketika mangsa berada di dalam, menyebabkan mangsa tertimbus.
Usaha mencari mangsa dilakukan oleh pasukan Bomba dengan bantuan unit K9, Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) dan jentolak daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Baca lagi | Tanah Runtuh Batang Kali: Tiada Gangguan Perjalanan ke Genting Highlands
Mangsa Berjaya Ditemukan
Mangsa berjaya dibawa keluar pada 6.23 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik serta telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan yang lanjut.
Terdahulu, seorang lelaki warga tempatan dipercayai telah terperangkap di bawah runtuhan dan serpihan dalam kejadian tanah runtuh.
Kejadian itu berlaku di belakang Wisma YPR di Jalan Syed Putra di sini pada awal hari ini.
Menerusi jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, kejadian itu berlaku disebabkan oleh keadaan benteng batu di belakang Wisma YPR telah pecah sehingga menyebabkan tanah runtuh.
Perkara itu menyebabkan pondok pengawal berhampiran turut tertimbus.
Pihak bomba juga mengatakan bahawa usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan bagi mencari mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan tersebut.
Selain itu, langkah berjaga-jaga juga diambil bagi mengelak hakisan selanjutnya berlaku.
Baca lagi | Terowong SMART Ditutup sebagai Persediaan untuk Operasi Banjir di Kuala Lumpur
Pelbagai Jabatan Berkaitan Berada di Lokasi Kejadian
Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pekerja penggalian, dan agensi berkaitan dengan lori kini berada di tempat kejadian cuba mencari mangsa.
Jurucakap Pusat Kawalan Polis Bandaraya mengesahkan kejadian tanah runtuh di belakang Wisma YPR dan usaha sedang dijalankan untuk membersihkan batu dan tanah serta menutup jalan yang menuju ke tempat kejadian buat sementara waktu.
Kejadian ini mungkin berpunca oleh hujan lebat petang semalam di kebanyakan bahagian Lembah Klang.
Ini merupakan kes kedua tanah runtuh membabitkan struktur pengawal keselamatan yang rata di Kuala Lumpur selepas kejadian tanah runtuh yang berlaku di pekarangan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Bukit Tunku pada 25 April lalu.