Dunia digemparkan dengan kelahiran dua bayi perempuan hasil persenyawaan melalui robotik. Kumpulan jurutera dari Barcelona, Sepanyol memasukkan sel sperma ke dalam telur menggunakan jarum penyuntik robot di New Hope Fertility Center in New York City.
Prosedur yang dilakukan itu berjaya menghasilkan dua embrio yang berada dalam keadaan sihat.
Jurutera Tiada Pengalaman Berjaya Senyawakan Sperma Melalui Robot
Prosedur yang dilakukan itu juga telah dilakukan oleh salah seorang jurutera yang tidak mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang perubatan kesuburan.
Menurut laporan itu juga, jurutera yang terlibat telah menggunakan pengendali Sony PlayStation 5 untuk menempatkan jarum robotik tersebut.
Prosedur memasukkan sel sperma ke dalam telur itu dilakukan dengan melihat telur manusia melalui kamera, ia kemudian bergerak ke hadapan dengan sendirinya, menembusi telur dan melepaskan sel sperma tunggal,” kata laporan tersebut.
Baca lagi | Polis Johor: Penunggang motosikal berbogel dalam video tular dicekup kerana bunuh wanita, bayi baru lahir
Manusia Pertama Lahir Guna Robot
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak MIT Technology Review juga memberitahu bahawa kelahiran dua bayi perempuan itu merupakan manusia pertama yang dilahirkan dengan persenyawaan dilakukan oleh robot.
Malah, menerusi kenyataan yang dibuat itu juga, dengan kecanggihan teknologi yang diciptakan itu pakar menyatakan ia dapat mengurangkan kos persenyawaan yang dilakukan menggunakan kaedah persenyawaan in vitro atau IVF oleh kebanyakan pasangan yang sukar untuk mendapatkan zuriat sebelum ini.
Overture Life, syarikat yang membangunkan robot berkenaan memberitahu, peranti ciptaannya itu merupakan langkah awal mengautomasikan IVF yang lebih murah dan berkesan.
Baca lagi | Majikan Cina Mengupah Lebih Banyak Lelaki Selepas Kerajaan Memanjangkan Cuti Bersalin Bergaji
Kaedah Robot Dapat Jimatkan Masa dan Wang
Malah, menurut dibuat Santiago Munne, yang merupakan ketua ahli genetik Overture Life dalam menciptakan robot sperma berkenaan, dengan adanya robot ini pesakit tidak lagi perlu datang ke klinik kesuburan dan menghabiskan banyak wang untuk sekali percubaan hamil.
Hal ini adalah kerana, penggunaan robotik yang diciptakan mereka itu boleh menghasilkan kejayaan yang besar hanya dengan sekali percubaan.
”Fikirkan kotak di mana sperma dan telur masuk, dan embrio keluar lima hari kemudian,” akhirinya.