Masalah rabun ini kalau tak dirawat segera, boleh mendatangkan kesan yang lebih teruk tau! Semua aktiviti harian pun akan terjejas. Jadi, untuk dapatkan balik mata yang sihat, apa kata kalau anda semua cuba petua yang kami kongsikan di bawah ini!
Terdapat 10 petua untuk rawat mata rabun yang boleh anda cuba sebagai sebagai salah satu jalan ikhtiar secara alami selain mendapatkan rawatan doktor atau dengan terus memilih memakai cermin mata sahaja.
Jom lihat apakah petua rawat rabun mata tersebut!
Senarai Petua Penawar Rabun Yang Berkesan
Berikut merupakan beberapa petua atau tips untuk rawat mata rabun iaitu:
#1. Wap Nasi
Cara pertama untuk merawat masalah rabun adalah menggunakan wap nasi. Caranya, ketika anda sedang memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi tersebut.
Amalkan setiap kali anda memasak nasi.
#2. Sayur Sawi
Seterusnya adalah dengan sayur sawi. Ambil secekak sawi lalu dicuci bersih kemudian rebus sawi dengan 2 gelas air sehingga ia mendidih dan tutup api.
Minum setelah air rebusan menjadi sejuk pada suhu bilik dan amalkan setiap 2 kali seminggu.
#3. Lobak Merah
Boleh dibuat air atau dimakan secara mentah. Anda perlu amalkan selalu untuk dapatkan hasil.
Lobak merah mengandungi pelbagai khasiat penting untuk mata seperti Betacaotene, Lycopene dan Lutein.
#4. Teh
Teh berupaya untuk mencegah katarak mata dan mengawal pertumbuhan darah yang baru di bahagian belakang mata anda.
Baca lagi | Ini 14 Tips Resume Paling Terbaik Untuk Senang Dapat Kerja
#5. Bawang Putih dan Bawang Merah
Petua rabun mata yang seterusnya adalah bawang putih dan bawang merah yang sangat penting dalam pengeluaran Glutation, iaitu sejenis sulfur.
Glutation memainkan peranan penting kerana ia bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.
#6. Kacang Walnut
Kacang walnut yang mengandungi sumber Omega-3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi juga boleh merawat masalah mata rabun dan radang mata.
#7. Tomato
Lycopene dan Lutein dalam Tomato juga sangat berkesan mencegah kanser mata.
#8. Kacang Soya
Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat iaitu isoflavon. Fungsi antioksidan ini adalah melindungi mata daripada sindrom atau gejala mata kering.
Baca lagi | Petua untuk Menjimatkan Wang untuk Barangan Runcit
#9. Telur
Telur juga dapat membantu merawat masalah rabun. Kandungan sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur berupaya untuk melindungi mata anda daripada pertumbuhan katarak.
Untuk menjaga kesihatan mata, anda boleh memakan sebiji telur setiap hari.
#10. Brokoli
Petua yang terakhir adalah sayur brokoli. Pengaktifan enzim anti-radang dalam tubuh dapat menggalakkan detoksifikasi dan mencegah radang mata.
Amalkan ke semua petua di atas untuk dapatkan hasil yang terbaik. Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini, ia dapat membantu mengatasi masalah rabun mata anda.
Selamat mencuba!