The Malaysia Post

Siti Fairuz Kembali Bergelar Isteri

Penyanyi popular era 80-an, Datuk Siti Fairuz kini bergelar isteri kepada usahawan, Syed Mohamed Syed Ismail, 72. Siti Fairuz dan suami telah bernikah pada 18 April di Pahang.

Perkenalan antara Siti Fairuz, atau nama sebenarnya Siti Fairuz Sheikh Mohamad, 59, dan suami sudah bermula sejak enam bulan yang lalu. Pada mulanya hubungan tersebut hanyalah sebagai penyanyi dan peminat menurut Siti Fairuz.

Banyak persamaan

Namun, setelah saling mengenal hati budi masing-masing, Siti Fairuz terbuka hati untuk menerima Syed Mohamed sebagai suami kerana terdapat banyak persamaan antara mereka dan akhirnya membuat keputusan untuk kembali berumah tangga.

Baca lagi | Tiga Stesen Udara Merekodkan Bacaan Tidak Sihat

“Di awal perkenalan kami sejak enam bulan yang lepas, kami tidak merancang apa-apa pun. Dia hanyalah peminat setia saya sejak dulu,” Katanya. “Saya pun layan dia macam peminat. Banyak persamaan antara dia dan saya. ”

Menurutnya lagi, Syed Mohamed mempunyai ciri-ciri bakal imam yang dia inginkan. “Dari situlah, Allah buka hati saya untuk berkahwin. Kalau ikutkan, saya sudah tidak mahu berkahwin lagi.” katanya.

Mengambil berkat Ramadan

Siti Fairuz dan pasangan menetapkan untuk bernikah pada bulan Ramadan kerana ingin mengambil berkat bulan yang mulia ini dan ingin melaksanakan yang wajib dahulu iaitu nikah. Anak-anak Siti Fairuz turut merestui pernikahan ini.

Akad nikah berlangsung pada 18 April lalu di Jabatan Agama Islam Kuantan, Pahang dengan mas kahwin sebanyak RM22.50. Siti Fairuz merancang akan mengadakan majlis resepsi selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Baca lagi | Jaringan Emas Casagrande, Shahrel Bawa NSFC ke Suku Akhir

“Kami tiada rancangan untuk berbulan madu kerana masing-masing sibuk dengan urusan perniagaan. InsyaAllah kalau ada kesempatan kami akan pergi tetapi bukan dalam masa terdekat ini.” ujarnya lagi.

Baca Juga:  Pengarah Amanda Nell Eu Kecewa dengan Potongan Filem Tiger Stripes

Dalam pada itu, Siti Fairuz meluahkan rasa terujanya atas kehadiran suaminya itu dan sudah tidak sunyi lagi. Tanggungjawab dan perhatian sepenuhnya akan diberi untuk perkahwinan tersebut katanya yang percaya mereka berkahwin di usia yang sudah matang.

Sebagai rekod, Siti Fairuz sudah dua kali mendirikan rumah tangga. Perkahwinan pertama bersama Mohamad Zainuddin dan berpisah pada 2008. Hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan lima cahaya mata. Perkahwinan kedua pula bersama Mahmud Abdul Samad dan berpisah pada 2015.

About Farid Zulkifli

db7e2fc9a63a9ebd68b44452f84ada85c193b650d009d0fb0287c1a357fee97b?s=90&d=mm&r=gFarid Zulkifli ialah wartawan teknologi dan perniagaan yang meliputi perkembangan pesat dunia startup di Malaysia, kemajuan fintech, serta kesan inovasi digital terhadap industri tempatan. Beliau menumpukan perhatian kepada bagaimana teknologi baharu memacu pertumbuhan ekonomi dan membentuk amalan perniagaan harian.

Read Previous

Tiga Stesen Udara Merekodkan Bacaan Tidak Sihat

Read Next

Senarai Pendek Calon PRN Negeri Sembilan Selesai, UMNO Negeri Sembilan Akan Serah Dan Tunggu Kata Putus Zahid

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *