The Malaysia Post

Top 4 Aplikasi Kesihatan Terbaik

Pernahkah anda terfikir untuk menggunakan aplikasi telefon pintar untuk bersukan? Diet? Atau sekurang-kurangnya dapat menyemak tahap kesihatan harian?

Tetapi, apabila anda buka sahaja Google Playstore, terdapat banyak aplikasi kesihatan sehingga anda tidak dapat membuat pilihan yang tepat untuk anda.

Ingin capai matlamat kesihatan anda dengan lebih tepat, inilah  top 4 aplikasi terbaik yang boleh anda gunakan untuk capai matlamat utama anda.

1. Nourishly Nutrition and Diet

Nourishly Nutrition and Diet adalah aplikasi yang lengkap dan mematuhi Akta HIPAA yang menjejaki beberapa piawaian kesihatan dari segi pemakananan, mood, aktiviti, dan simptom. Penetapan awal aplikasi ini akan meminta anda untuk mengenal pasti tumpuan dan matlamat yang khusus, yang merangkumi kesejahteraan umum, perancangan makanan, maklumat tentang penyakit kardiovaskular, diabetes dan pra-diabetes, penyakit celiac, dan nutrisi bagi orang yan bersukan.

Anda juga boleh mencatat dan menjejaki beberapa panduan kesihatan termasuk pemikiran, perasaan, senaman, ubat, pengambilan alkohol, glukosa darah, dan kualiti tidur selain daripada pemakanan. Ciri-ciri produk yang disebut Skills dan Missions menggunakan bidang tumpuan anda untuk membantu membentuk tabiat untuk menjejaki penunjuk kesihatan dan menukar tabiat anda dalam kesihatan dan pemakanan.

Anda juga boleh menyertai komuniti dalam talian dengan pengguna Nourishly lain untuk dorongan dan sokongan. Aplikasi lain dalam keluarga Nourishly termasuk Nourishly for Diabetes dan Nourishly for Diabetes Educators. Keluarga aplikasi Nourishly boleh digunakan secara percuma.

2. MyFitnessPal

Aplikasi yang serupa dan patut dipertimbangkan, MyFitnessPal menggabungkan pelan dari segi pengetahuan tentang makanan, aktiviti, perancangan senaman sambil berpuasa, penetapan matlamat, resepi yang dibuat khas untuk mencapai matlamat, dan dashboard yang boleh disesuaikan untuk melihat kemajuan anda. MyFitnessPal mempunyai dimensi sosial seperti aplikasi kesihatan dan pemakanan yang lain, jadi anda boleh menambah rakan dan berkongsi kemajuan anda di Facebook.

Baca lagi | ‘Wira Rakyat’ Bersara Wajib 21 April

Versi percuma MyFitnessPal mempunyai pelan tentang pemakanan, berat badan, dan latihan senaman sahaja. MyFitnessPal Premium tanpa iklan pula berharga $19.99 sebulan dan mempunyai  beberapa pelan tambahan seperti pengiraan kalori, puasa, makro (keto), pengambilan nutrisi, karbohidrat, dan protein. Pelan MyFitnessPal Premium juga termasuklah panduan oleh pelatih terhadap pelan makanan dan latihan yang anda pilih untuk membantu anda mencapai matlamat kesihatan dan pemakanan.

3. MapMyWalk

Pada dasarnya, MapMyWalk menggunakan jejak lokasi telefon anda untuk menjejaki perjalanan anda, termasuk jarak, tempoh, kelajuan purata, langkah, kalori, dan lain-lain lagi. Ia boleh diselaraskan dengan aplikasi kecergasan yang lain yang mungkin anda gunakan, termasuk Google Fit dan Fitbit. Untuk mencatat perjalanan kaki anda, buka aplikasi, ketik butang ‘Mulakan Latihan’ dan mulakan berjalan. Pastikan anda mengklik butang ‘Selesai’ apabila anda selesai berjalan untuk mencatat dengan tepat.

Ciri-ciri lain dalam versi percuma MapMyWalk termasuklah catatan senaman secara manual, rutin senaman, pelan perjalanan yang disimpan, matlamat, pelan latihan, dan dashboard untuk mengukur prestasi anda. Dimensi sosial aplikasi ini jugs membolehkan anda menambah rakan dan berkongsi latihan anda di media sosial

Baca lagi | PNB Sediakan 59 Unit Pengecas EV Akhir Tahun Ini

Pelan bulanan MapMyWalk MVP bermula dari $5.99 sahaja dan termasuk ciri-ciri lanjutan seperti siaran langsung, pelan latihan yang disesuaikan, bacaan kadar tekanan jantung (dengan peranti yang sesuai), dan bimbingan secara audio.

Aplikasi lain dalam keluarga MapMy termasuk MapMyRun, MapMyRide, dan MapMyFitness.

4. Plant Nanny

Meminum air yang cukup dan menjaga kadar air dalam tubuh adalah mencabar pada mana-mana peringkat umur, terutama bagi orang dewasa yang lebih tua. Plant Nanny adalah aplikasi penjejak kadar air dan peringatan pengambilan air yang dimainkan dalam bentuk permainan (game), di mana anda menjaga tumbuhan animasi yang comel dalam usaha untuk kekal hidrat.

Gunakan Plant Nanny untuk menjejaki pengambilan air anda dan dapatkan peringatan terhadap kadar air dalam tubuh anda setiap hari. Tetapkan matlamat anda, ulas kemajuan anda di dashboard yang berwarna-warni, dan tetapkan jadual. Plant Nanny menjadikan catatan pengambilan air lebih mudah dan menyeronokkan.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

‘Wira Rakyat’ Bersara Wajib 21 April

Read Next

Isu Najib dan Zahid Hamidi Bencana Bagi Kerajaan Anwar

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.