Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dan hukuman ganti mengikut budi bicara mahkamah, kata menteri de facto undang-undang Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau turut mengesahkan bahawa Kabinet bersetuju supaya penelitian dan kajian lanjut dijalankan terhadap cadangan hukuman ganti bagi 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] 2 dan 22 kesalahan lain yang membawa hukuman mati tetapi mengikut budi bicara mahkamah.
Kajian lanjutan ini akan dijalankan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Peguam Negara (AGC), Jabatan Perdana Menteri dan kementerian dan jabatan lain yang berminat.