Proses pengundian bagi pilihan raya negeri Melaka yang bermula jam 8 pagi hari ini tamat pada jam 5.30 petang dengan penutupan semua 217 pusat pengundian pada jam 5.30 petang.
Mengikut daftar pemilih, terdapat 495,195 pengundi berdaftar di Melaka dengan 476,037 daripadanya pengundi biasa.
Proses pengundian dikendalikan seramai 12,290 petugas pilihan raya di 28 DUN.
Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi daripada 1,109 saluran itu dibawa ke 28 pusat pengiraan undi di sini dan keputusan rasmi akan diumumkan malam ini oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.
Pengundian awal telah diadakan pada 16 Nov lepas, melibatkan seramai 11,557 anggota tentera dan polis, serta pasangan masing-masing.
Sebanyak 31 pusat pengundian awal dengan 47 saluran dibuka untuk tujuan tersebut.
Terdapat juga 7,601 pengundi pos bagi pilihan raya negeri Melaka.
Secara keseluruhan, jumlah pusat mengundi bagi pilihan raya negeri ialah 248 dengan 1,156 saluran.
Seramai 112 calon bertanding di 28 kerusi DUN Melaka dengan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bertanding di semua kerusi, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) (lima), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) (satu) dan Bebas (22).
Pilihan raya negeri Melaka dipanggil berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas, susulan tindakan empat Adun menarik balik sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan rasmi pertama pilihan raya negeri Melaka ke-15 dengan gabungan Barisan Nasional (BN) muncul menang di tiga kerusi.
Mereka ialah Taboh Naning, Ayer Limau dan Tanjung Bidara.
According to the EC, BN’s Datuk Seri Ab Rauf Yusoh trumped PN’s Datuk Mas Ermieyati Samsudin with a thin majority of 364 votes in the hot seat of Tanjung Bidara.
Ab Rauf memperoleh 3,559 undi manakala Mas Ermieyati memperoleh 3,195 undi. Pakatan Harapan’s Zainal Hassan only managed a mere 489 votes.
Baca Lagi | Pengiraan undi bermula apabila pusat mengundi ditutup di Melaka
Di Taboh Naning, calon BN Zulkiflee Mohd Zin memperoleh 3,170 undi mengatasi pesaing terdekatnya, Abu Hashim Abdul Samad dari Perikatan Nasional yang hanya memperoleh 1,345 undi dalam pertandingan tiga penjuru.
Zulkiflee menang dengan majoriti 2,146 undi. Zairi Suboh dari PH mengikuti rapat dengan 1,024 undi yang diperoleh.
Di Ayer Limau, calon BN Datuk Hameed Basheer memperoleh 3,838 undi berbanding pesaing terdekatnya daripada calon PN Dr Nordina Abd Latif yang memperoleh 2,753 undi.