DAP akan meletakkan calon kali pertama di kerusi Pengkalan Batu dan Bandar Hilir untuk pilihan raya negeri Melaka 20 November ini.
Bagi Pengkalan Batu, parti itu telah memilih Muhamad Danish Zainudin yang berusia 25 tahun manakala Leng Chau Yen, 37 tahun akan bertanding di kerusi Bandar Hilir.
Bagi baki kerusi DAP, lima akan dipertahankan oleh penyandang mereka, manakala kawasan Bemban akan menyaksikan Wong Fort Pin digantikan oleh ketua negeri parti itu Tey Kok Kiew.
Tey adalah ADUN Bandar Hilir yang akan ditandingi pembantunya, Leng.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, DAP meletakkan Norhizam Hassan Baktee di Pengkalan Batu. Beliau berpaling tadah semasa krisis politik 2020 dan cuba menyertai semula PH untuk pilihan raya negeri ini, tetapi ini telah disekat oleh DAP.
Dari segi pengalaman, calon Pengkalan Batu Danish menyertai parti itu pada 2017 dan menjadi setiausaha Pemuda Sosialis DAP Melaka (Dapsy) tahun lalu.
Beliau juga merupakan ketua Dapsy Kota Melaka dan penolong setiausaha publisiti DAP Melaka.
Danish juga pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada bekas ADUN Duyong Damian Yeo Shen Li.
Bagi Leng, graduan reka bentuk grafik itu telah berkhidmat sebagai setiausaha politik Tey sejak 2013 dan pernah menjadi timbalan ketua DAPSY Melaka dari 2017 hingga 2019.
DAPs other seat are Gadek (Saminathan Ganesan), Ayer Keruh (Kerk Chee Yee), Kesidang (Allex Seah Shoo Chin), Kota Laksamana (Low Chee Leong), Duyong (Damian) and Bemban (Tey).
Kesemua calon akan bertanding di bawah logo PH.
Baca Lagi | DAP letak milenial, muka baharu untuk pilihan raya negeri Melaka
Dalam pilihan raya negeri Melaka akan datang di mana 28 kerusi dipertandingkan, PKR akan bertanding 11, Amanah, sembilan dan DAP, lapan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November sebagai hari pengundian bagi pilihan raya negeri Melaka.
Hari penamaan calon ialah 8 November dan pengundian awal akan diadakan pada 16 November.