Hari Raya Aidiladha merupakan sambutan perayaan orang Islam seluruh dunia. Perayaan ini disambut dengan penuh kegembiraan tidak mengira latar belakang dan kedudukan.
Terdapat banyak perkara menarik mengenai hari raya aidiladha atau hari raya haji yang belum diketahui ramai orang.
Untuk ketahui apakah fakta menarik mengenai hari raya haji ini, ikuti perkongsian di bawah!
Senarai Fakta Hari Raya Aidiladha
Di bawah ini merupakan 10 fakta menarik mengenai hari raya korban iaitu:
1. Baka Cantik Dan Elok
Haiwan sembelihan perlu diambil atau diperoleh dari jenis baka yang cantik dan elok tanpa ada sebarang kecacatan contohnya seperti haiwan tersebut buta, cacat, tempang, kurus, tanduk patah atau mempunyai penyakit dan lain-lain lagi.
2. Dilarang Memotong Kuku Dan Rambut
Bagi anda yang melaksanakan ibadah korban ini, anda dilarang untuk memotong kuku dan menggunting rambut. Larangan ini bermul pada 1 Dzulhijjah sehinggalah anda selesai melakukan ibadah korban tersebut.
Baca lagi | Zul Ariffin Berkongsi Gambar Terkini Ibadah Haji Di Arafah
3. Sunat Lakukan Sendiri Sembelihan
Bagi anda yang melakukan ibadah korban ini juga, adalah disunatkan bagi anda untuk melakukan sendiri penyembelihan haiwan korban tersebut menggunakan tangan anda sendiri.
4. Selepas Solat Sunat Aidiladha
Penyembelihan haiwan pula akan dilakukan apabila umat Islam telah selesai menunaikan solat sunat Aidiladha dan anda juga tidak dibenarkan untuk melakukan penyembelihan selepas tarikh 11, 12, dan 13 Dzulhijjah.
5. Berkongsi Pahala
Selain itu, anda juga dibenarkan untuk berkorban dan berkongsi pahala sama ada untuk diri sendiri atau bagi pihak keluarga anda dengan pahala sembelihan seekor kambing atau lembu dengan sebahagian daripada tujuh bahagian itu.
Baca lagi | Anwar Solat Sunat Aidiladha Bersama Warga Putrajaya Di Masjid Putra
6. Haiwan Korban Tidak Terseksa
Anda juga perlu memastikan haiwan sembelihan yang anda sembelih tidak terseksa dan mati dengan serta-merta. Pisau yang digunakan oleh anda untuk proses sembelihan tersebut haruslah tajam dan penyembelihan juga perlu dilakukan dengan cepat.
7. Selesai Solat Sunat
Ibadah korban juga akan ditunaikan selepas semua umat Islam selesai mengerjakan solat sunat Hari Raya Aidiladha atau hari raya haji ini
8. Makan Daging Korban
Menjadi sunat bagi anda sekeluarga yang melakukan ibadah korban ini untuk memakannya serta memberikan daging korban sebagai hadiah dengan memberi sebahagian daging tersebut kepada orang lain.
9. Pastikan Daging Korban Sah Pada Waktunya
Untuk anda yang akan menyembelih haiwan korban sebelum solat sunat hari raya korban, sembelihan itu dianggap sebagai daging yang boleh disedekahkan dan tidak boleh dinamakan sebagai daging korban kerana bukan waktunya.
10. Solat Sunat Aidiladha Di Masjid
Solat sunat Aidiladha ini boleh dilakukan di masjid atau mana-mana tempat yang terbuka dengan syarat khatib tersebut dapat melihat keseluruhan jemaah yang hadir untuk menunaikan solat.
Hari Raya korban bukan hanya sekadar perayaan tahunan umat Islam tetapi ia juga merupakan hari mengingatkan kita tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S. Oleh itu, bersama-samalah mengambil iktibar dan belajar mengenai sebuah pengorbanan yang dilakukan demi Allah S.W.T.