The Malaysia Post

10 Cara Untuk Kurangkan Rasa Sakit Ketika Haid

Sesetengah wanita akan mengalami ketidakselesaan ketika berlakunya haid. Antara yang akan dialami ialah kekejangan dan kesakitan di bahagian abdomen, kembung perut, sakit kepala dan mual. Ini perkara normal walaupun tidak semua wanita akan mengalaminya.

Ada pelbagai cara untuk mengatasi ketidakselesaan ini yang perlu semua tahu terrmasuk para suami atau bapa agar mereka juga boleh membantu isteri atau anak perempuan mereka. Berikut adalah cara-cara untuk mengurangkan rasa sakit tersebut:

#1. Minuman

Kekal hidrasi mungkin tidak dapat menghilangkan kesakitan secara langsung, tetapi minum air secukupnya dapat mengurangkan kembung perut yang menjadi punca kekejangan pada abdomen.
Pastikan anda minum air kosong yang secukupnya dan elakkan minuman karbohidrat. Sekiranya anda tidak gemar minum air kosong, perahkan lemon atau masukkan daun pudina untuk rasa yang lebih menarik.

Kurangkan pengambilan garam (jangan pernah kurang daripada 2,300mg sehari) dan elakkan alkohol kerana kedua-dua ini boleh menyingkirkan air dari sistem badan anda.

#2. Makanan

Elakkan makan makanan yang bergula dan berminyak termasuk makanan segera kerana ia tidak menyumbang kepada diet yang sihat.

Tukar gaya pemakanan anda kepada makanan rendah lemak, tinggi serat, kacang dan sayuran terutama sayuran berdaun hijau, buah-buahan dan kekacang. Hal ini kerana makanan-makanan ini mengandungi nutrien yang sangat diperlukan oleh tubuh badan.

Nutrien seperti vitamin E, B1 dan B6, zink, magnesium dan asid lemak omega-3 berfungsi untuk menyingkirkan hormon yang menyebabkan kekejangan dan membantu melegakan rasa kekejangan otot yang dirasai. Hal ini juga dapat mengurangkan rasa sakit senggugut.

#3. Elak Kafein

Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi sebelum dan semasa haid. Hal ini kerana kafein boleh menyebabkan sakit senggugut atau kekejangan abdomen semakin teruk. Elakkan juga minuman soda, minuman tenaga, coklat dan teh.

Jika anda terbiasa mengambil minuman berkafein pada waktu pagi atau sebagai minuman menjana tenaga, anda boleh ubah kepada smoothie sayuran.

Baca lagi | 16 Tips Cara Urus Kewangan Dengan Bijak Dan Berkesan

#4. Pil/Ubat

Jika anda mengalami kesakitan yang kuat, anda digalakkan untuk mengambil ubat seperti aspirin, ibuprofen dan natrium naproxen untuk menghilangkan rasa sakit tersebut.

Di samping dapat menghilangkan kesakitan, ubatan seperti ibuprofen dan naproxen membantu aliran haid anda lebih lancar.

#5. Haba Panas

Membuat tuaman panas pada bahagian abdomen dan ari-ari dapat memberi kelegaan ketika berlakunya senggugut. Anda boleh juga menggunakan pad pemanas atas balutan haba pakai buang yang ada dijual di farmasi atau drugstore.

#6. Bersenam

Walaupun tidak ada bukti yang mengatakan bersenam dapat mengurangkan kesakitan period, tetapi ramai wanita percaya dengan mengeluarkan peluh dan kekal aktif dapat mengurangkan kesakitan.
Hal ini mungkin disebabkn kehadiran hormon endorfin. Bersenam akan melepaskan endorfin yang menjadikan otak anda merasa lebih lega.

#7. Urutan

Urutan boleh melancarkan aliran darah dan mengurangkan tekanan untuk membuatkan anda berasa lebih nyaman. Kajian menunjukkan individu yang menyapu krim seperti krim campuran lavender pada perut akan mendapati tempoh kekejangan adalah berkurangan berbanding sebelumnya.

#8. Herba

Herba tradisional seperti kunyit, black cohosh, chasteberry, dan cramp bark berfungsi untuk merawat kesakitan.

Dikatakan bahawa minyak evening primrose juga dapat membantu masalah kekejangan yang dihadapi wanita, tetapi tidak ada bukti saintifik yang menyokongnya.

Sebelum anda membuat teh dengan mana-mana herba atau mengambilnya sebagai suplemen, sila periksa dengan doktor.

Beberapa herba boleh menyebabkan masalah perubatan atau mengurangkan keberkesanan ubat, termasuk pil kawalan kehamilan.

Baca lagi | Tips Labur EPF Paling Mudah Guna Akaun 1 KWSP

#9. Acupressure

Menekan titik tertentu pada bahagian perut, belakang badan dan kaki boleh meningkatkan aliran darah dan membantu melepaskan endorfin yang dapat melegakan badan dan fikiran untuk sementara waktu.

Berjumpa dengan pakar yang bertauliah dan terlatih untuk membantu menentukan titik punca dan bagaimana untuk merangsangnya.

#10. Mandi Air Hangat

Mandi air panas dapat membantu melegakan otot-otot badan sekaligus menimbulkan sensasi yang nyaman dan selesa. Walaupun tidak menghilangkan kesakitan secara langsung, setidaknya dapat juga mengurangkan ketidakselesaan ketika haid.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

PRN Selangor – Amanah Bertanding Sembilan Kerusi

Read Next

Elon Musk Lancarkan Syarikat AI, xAI, Saingi OpenAI

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.