The Malaysia Post

Warden Arah Pelajar Keluar Selepas Dengar Bunyi Kaca Pecah

Kuala Lumpur, 29 April 2025: Seramai 91 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak berjaya diselamatkan dalam insiden kebakaran yang berlaku di bangunan asrama sekolah malam tadi, selepas warden bertugas bertindak pantas mengarahkan mereka keluar sebaik menyedari kejadian. 

Asrama Sekolah Terbakar, Warden Segera Arah Pelajar Keluar

Kebakaran asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak berlaku kira-kira jam 8.30 malam dan disedari oleh warden, Muhd Nazmie Muhd Nasir, 31, yang ketika itu berada berhampiran bangunan asrama.

 “Sebaik saja terdengar bunyi kaca pecah, saya terus membunyikan loceng kecemasan dan arahkan semua pelajar berkumpul di kawasan selamat,” katanya.

Ketika kejadian, semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak  sedang berada di surau bagi menunaikan solat berjemaah. Berkat latihan kebakaran yang pernah dijalankan sebelum ini, semua pelajar berjaya keluar dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

Kehadiran Pantas Bomba Elak Tragedi Lebih Buruk di SMK Tinggi Setapak

Tindakan segera guru serta kehadiran pantas pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak lebih jauh, walaupun api menyebabkan kerosakan serius pada enam dorm yang menempatkan pelajar tingkatan satu hingga lima.

Barangan seperti komputer riba, penghawa dingin,  peti sejuk, televisyen,  mesin basuh,pakaian dan kasut pelajar, dialporkan terbakar dan dianggarkan melibatkan kerugian puluhan ribu ringgit.

Baca juga:

PdPR Diteruskan, Keselamatan Pelajar SMK Setapak Diutamakan

Pengetua SMK Tinggi Setapak, Noraizah Shaharuddin, memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mengaktifkan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan sesi pembelajaran pelajar tidak terjejas sementara menunggu usaha pemulihan asrama.

Baca Juga:  Johor mendapat lebih daripada 400,500 vaksin Covid-19 dari Singapura dan UAE

“Kami bersyukur tiada kemalangan jiwa dan semua pelajar berjaya diselamatkan. Keselamatan pelajar sentiasa menjadi keutamaan pihak sekolah,” ujar beliau.

Ibu bapa mula hadir mengambil anak-anak mereka seawal jam 10.30 malam dan pelajar terakhir meninggalkan kawasan sekolah pada jam 12.45 tengah malam.

Sekolah kini sedang menunggu bantuan susulan bagi membekalkan semula keperluan asas pelajar, dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk PIBG dan pihak berkuasa tempatan.

About Azlan Rosdi

1695f153a91e6f09b02e66a9410723f0b533c5171778b73320e93631ad3773e3?s=90&d=mm&r=gAzlan Rosdi seorang koresponden sukan yang menulis tentang sukan Malaysia, para atlet, dan kejohanan utama. Laporannya merangkumi liga tempatan, pencapaian nasional, serta semangat dan dedikasi di sebalik setiap kejayaan sukan.

Read Previous

Malaysia Mara Suku Akhir Sudirman Cup Selepas Tewaskan Australia

Read Next

Result SPM Dah Keluar! Nak Sambung Belajar Atau Terus Kerja?

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *