The Malaysia Post

Vietnam sedia alat pensterilan mudah alih secara percuma buat rakyatnya

Wabak koronavirus yang menjejaskan hampir kebanyakan negara, telah membuatkan serata penduduk panik dengan penularannya yang tidak dijangka. Peningkatan kes yang bertambah setiap hari, pastinya membuatkan setiap individu risau dan tidak senang duduk.

Oleh itu, pelbagai langkah-langkah keselamatan diri dan juga kesihatan telah diwar-warkan kepada orang ramai. Pemakaian penutup mulut, kerap membasuh tangan antara komponen penting yang perlu diterapkan dalam diri individu ketika ini.

Menurut satu maklumat yang disampaikan melalui laman Twitter, kerajaan Vietnam telah menyediakan satu peralatan yang memudahan rakyatnya bebas dari virus Covid-19.

Menurut perkongsian itu, kerajaan Vietnam telah menyediakan satu alatan khas yang membolehkan rakyatnya sterilan seluruh badan dengan mudah. Alatan ini telah diletakkan disekitar bandar negara tersebut.

Alatan tersebut didakwa boleh membersihkan sehingga 90% bakteria dan virus di badan. Had penggunaan alatan ini dijangka boleh digunakan sekitar 1000 orang, dan mengambil masa selama 15 hingga 20 saat per individu.

Lebih menarik lagi, sepanjang proses pembersihan, lagu khas akan dimainkan dan ia boleh digunakan secara percuma. Diruangan komen, ramai yang dilihat sangat cumburu dengan alatan pensterilan mudah alih yang digunakan di negara Vietnam ini.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Bayi baru lahir di England disahkan positif COVID-19, catat rekod pesakit paling muda

Read Next

COVID-19: Semua pertubuhan dilarang adakan program, mesyuarat agung sehingga 30 Jun

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.