The Malaysia Post

Ubah Fokus Awal, Tak Perlu Belajar Minggu Pertama Sekolah

PUTRAJAYA: Sesi persekolahan 2023/2024 yang bermula pada 19 Mac dan 20 Mac ini tidak akan memfokuskan pada kelas akademik pada minggu pertama. Sebaliknya, fokus utama adalah penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek, menurut Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali. Beliau menyatakan bahawa langkah ini diambil untuk melaksanakan pendidikan didik hibur dan pembelajaran berasaskan projek mudah.

“Kalau dahulu fokus hari pertama terus mengajar subjek akademik tetapi kali ini kita minta sekolah merapatkan hubungan antara guru, pelajar, ibu bapa dan komuniti.”

Baca lagi | Ong Yew Sin-Teo Ee Yi Menarik Perhatian Ramai

Perubahan fokus ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan antara guru, pelajar, ibu bapa, dan komuniti, serta mencipta semangat saling menyokong. Sekolah-sekolah juga diharuskan untuk mengadakan program atau aktiviti yang bersesuaian pada minggu awal persekolahan bagi menyediakan pelajar dari segi mental dan sosial, sepertimana yang telah tertulis dalam Pekeliling Bilangan 5 Tahun 2023. Nilai-nilai psikologi dari sudut jasmani, emosi, rohani dan sosial harus diberikan perhatian terlebih dahulu bagi membentuk pelajar menjadi beradab, berakhlak dan berintegriti.

Beban guru dan beban murid

Adapun bagi sekolah yang mempunyai bilangan pelajar sedikit yang telah selesai melaksanakan aktiviti tersebut boleh meneruskan pengajaran dan pembelajaran lebih awal. Bagi mengurangkan beban tugas guru, sebarang bentuk pertandingan, sambutan, majlis yang tidak memberi impak besar dimansuhkan mulai sesi persekolahan 2023/2024. Semakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) juga turut dikurangkan kepada setahun sekali sahaja berbanding tahun sebelum.

Baca lagi | Sang Kenari Bawa Pulang Tiga Mata

Sambutan Hari Guru dihadkan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja, berbanding sebelum ini membabitkan peringkat negeri dan daerah. Para pendidik diberikan autonomi dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran bilik darjah dengan menjadikan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran sebagai rujukan.

Untuk menangani isu beg berat, Pkharuddin menyatakan bahawa beberapa usaha dilaksanakan bagi sesi ini, seperti penyediaan lokar, penggunaan buku aktiviti yang disediakan kementerian, dan penggunaan buku kerja hanya sebagai rujukan tambahan atau bahan ulang kaji di luar waktu kelas sahaja. Setiap subjek juga dihadkan kepada dua buah buku sahaja pada satu-satu masa serta tidak melebihi 80 muka surat.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi Menarik Perhatian Ramai

Read Next

Not A Man’s Dream Hina Islam

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.