The Malaysia Post

Tips memilih lampu untuk pencahayaan terbaik di ruang kediaman

Setiap ruang kediaman memerlukan teknik pencahayaan yang boleh mempengaruhi perbezaan mood dan suasana. Sama seperti memilih seleksi item dekorasi untuk rumah anda, pemilihan lampu yang sesuai juga tidak kurang pentingnya.

Pencahayaan ruang kediaman bukan hanya terhad kepada jenis mentol seperti mentol LED atau lampu kalimantang sahaja. Ada pelbagai lagi jenis rekaan seperti lampu bawah (downlight), lampu gantung (chandelier), lampu sorot (spotlight) dan banyak lagi yang sesuai dijadikan pilihan untuk kediaman.

Begitu juga dengan warna lampu. Di pasaran, terdapat pelbagai jenis mentol yang umumnya berasaskan rona kuning dan putih, di mana mampu memberikan efek kepada suanana suhu rumah.

1. Mengenal dahulu warna lampu untuk rumah

(i) Lampu kuning

Lampu yang berwarna kuning mengeluarkan haba yang lebih panas berbanding lampu berwarna putih. Penggunaan lampu kuning adalah secara lampu downlight kecil, lampu berdiri atau lampu spotlight. Lampu meja juga boleh digunakan dengan lampu kuning bagi penggunaan pada waktu malam. Lampu kuning sangat penting lebih-lebih lagi ketika sedang membesarkan anak-anak kerana penggunaan lampu kuning mampu menambahkan selera makan, menambah suasana romantik dan mengantuk. Ia turut membantu mencipta suasana santai dan tenang.

(ii) Lampu putih

Lampu putih adalah keperluan untuk melihat lebih jelas. Jika seluruh kediaman menggunakan lampu kuning, ia boleh menyebabkan kita mendapat penyakit seperti migrain.

2. Pemilihan gaya lampu

(i) Lampu downlight

Lampu downlight boleh digunakan jika kita inginkan pencahayaan untuk keseluruhan ruang. Lampu jenis ini biasanya dipasang dipermukaan siling dan sering dipasang di ruang tamu. Lampu ini sesuai bagi mereka yang tidak mahu runsing memikirkan jenis lampu hiasan lain yang diinginkan.

Bergantung kepada inner baffle yang digunakan, downlight mampu menghasilkan pantulan cahaya dengan menerangi keseluruhan ruang ataupun dihalakan ke bawah atau sisi terus kepada objek berdimensi seperti lukisan berbingkai, kabinet pameran atau ruang letak televisyen.

(ii) Lampu chandelier

Lampu jenis ini sesuai bagi mereka yang sukakan identiti kerana mampu memberikan suasana mewah dan elegan. Biasanya, lampu jenis gantung ini sesuai diletakkan di ruang tamu atau ruang makan.

Pemilihan lampu yang klasik atau moden dapat memberikan sentuhan ruang makan supaya tampak lebih mewah dan versatil. Satu perkara penting harus diberikan perhatian ketika proses pemasangan: pastikan bahagian bawah lampu chandelier anda berada 30 hingga 35 inci dari aras permukaan meja.

(iii) Lampu spotlight

Lampu jenis ini biasanya memberikan pencahayaam berfokus atau terus contohnya seperti bingkai gambar. Biasa digunakan dibelakang atau sekitar rumah untuk menerangi kawasan tertentu – contoh untuk tujuan keselamatan.

Dengan teknologi terkini lampu spotlight dapat digunakan dengan lebih jimat dengan sensor pengesan yang membantu lampu menyala apabila ada pergerakan objek dan bukan setiap masa. Bukan itu saja, ada juga menggunakan tenaga solar untuk penjimatan elektrik.

Pemilik kediaman boleh merancang pemilihan gaya lampu supaya ruang kediaman kelihatan cantik tetapi pada masa yang sama efisyen dari segi tenaga dan kos. Semua bergantung kepada citarasa anda!

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Bazaar Ramadhan berkemungkinan diteruskan sekiranya garis panduan dipatuhi oleh rakyat Malaysia

Read Next

Netflix kurangkan kualiti penstriman video di Malaysia

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.