The Malaysia Post

Tiga Individu Ditahan Cubaan Pecah Masuk Kediaman MB Selangor

Tiga lelaki ditangkap oleh pihak polis semalam atas kesalahan  cubaan memasuki kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Shah Alam. Pihak polis mendakwa kesemua individu tersebut cuba memasuki kediaman rasmi MB selangor tanpa sebarang kebenaran rasmi.

Tiada Jemputan Rasmi

Ketua polis daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, berkata ketiga-tiga mereka cuba memasuki premis tersebut tanpa memaparkan sebarang kebenaran bertulis atau jemputan rasmi dengan menggunakan kereta Proton Waja.

Kesemua suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah merupakan pekerja salah sebuah syarikat media tempatan.

“Kesemua suspek yang ditahan dalam kes ini adalah terdiri daripada  tiga lelaki berusia antara 31 dan 35 tahun. Kesemua mereka bekerja dengan sebuah syarikat media tempatan, dan mereka tidak mempunyai rekod polis sebelum ini.”

Ketiga-tiga individu terbabit mendakwa kehadiran mereka adalah atas urusan kerja untuk mengikuti mesyuarat di kediaman MB Selangor namun gagal untuk mengemukakan sebarang surat kebenaran rasmi untuk menyokong dakwaan mereka itu.

“Mereka semua mendakwa hendak menghadiri mesyuarat di kediaman rasmi MB Selangor, tetapi tidak mempunyai sebarang jemputan rasmi dari pejabat MB,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca lagi | MB Selangor: Kebajikan 89 Keluarga Terjejas Projek ECRL Akan Dijaga

Wartawan Antara yang Ditahan

Menurut portal berita Malaysiakini, salah seorang yang ditangkap adalah seorang wartawan yang bekerja dengan syarikat media Harakah Daily, suara PAS.

Salah seorang daripada ketiga-tiga mereka dilaporkan telah dihalang di pos pengawal sebelum cuba menyelinap masuk menggunakan kereta.

Kenderaan Milik Suspek Turut Dirampas

Mohd Iqbal berkata kereta Proton Waja yang digunakan oleh kesemua suspek ketika ditahan telah dirampas. Sementara ketiga-tiga mereka juga telah ditahan selama dua hari hingga esok untuk siasatan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara hingga enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekiranya sabit kesalahan.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

‘Langkah Dubai’: Lapan Lagi Wakil Perikatan Isytihar Sokongan kepada Anwar

Read Next

Mahkamah Memutuskan Status Kes Seorang Kanak-kanak KL yang Tiada Kerakyatan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *