Skip to main content

The Malaysia Post

Tesla Bakal Beroperasi di Malaysia

Operasi Tesla di Malaysia dijangka mampu mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih baik bagi segmen yang berkaitan


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan bahawa kementerian berkenaan telah meluluskan permohonan untuk mengimport bateri bagi kenderaan elektrik atau battery for electric vehicle (BEV) ke Malaysia.

Ibu Pejabat Tesla di Malaysia

Bagi merealisasikan objektif ini, TESLA dikatakan akan membuka sebuah Ibu Pejabat di Malaysia bagi tujuan memperkenalkan Pusat Pengalaman dan Pusat Servis dalam masa yang sama mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger syarikat berkenaan di negara ini.


“Kami gembira dengan keputusan Tesla untuk turut serta dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia. Ini membuktikan keyakinan Tesla terhadap asas ekonomi dan persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia”, kataTengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri MITI.

Wujudkan Peluang Pekerjaan

Menurutnya lagi, kehadiran syarikat gergasi berkenaan di negara ini dijangka akan mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih baik bagi segmen yang berkaitan. Dalam masa yang sama, perkara ini juga membuka peluang kepada syarikat tempatan untuk menyertai ekosistem operasi pernigaan Tesla di peringkat domestik dan global.


“Walaupun telah banyak jenama global utama memilih untuk melabur di Malaysia, MITI dan agensinya akan terus meningkatkan usaha dalam meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan, sambil terus menaikkan profil Malaysia sebagai negara pro-perdagangan, pro-industri dan pro-pelaburan”, menurut kementerian berkenaan.

Baca lagi |Bakal Berulangkah kejadian Lahad Datu?


Malaysia melalui MITI telah mempermudahkan Kemasukan Tesla ke negara ini melalui pengenalan inisiatif ‘BEV Global Leaders’ bagi tujuan membantu meningkatkan permintaan BEV dalam pasaran tempatan di mana Tesla merupakan pemohon pertama bagi inisiatif yang diperkenalkan oleh MITI ini. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan pembangunan keseluruhan ekosistem untuk menyokong penggunaan BEV di negara ini. Di samping itu, inisiatif ini bertujuan untuk mendapatkan pelaburan daripada syarikat pengeluar BEV global terkemuka di Malaysia.

Baca Juga:  Pelancaran roket H3 JAXA gagal lagi


Tesla Inc merupakan sebuah syarikat gergasi antarabangsa dari Amerika Syarikat (AS) yang beribu pejabat di Austin, Texas. Syarikat ini yang terbabit dalam bidang autommotif, kecerdasan buatan dan tenaga bersih.


Antara operasi perniagaan Tesla adalah merekabentuk dan mengeluarkan kenderaan elektrik (EV), simpanan tenaga bateri dari rumah ke skala grid, panel solar serta produk dan perkhidmatan berkaitan.Syarikat ini mempunyai lebih 120,000 pekerja di seluruh dunia.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Bakal Berulangkah kejadian Lahad Datu?

Read Next

Korean Style Menjadi Trend di Malaysia

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *