The Malaysia Post

Tang Jie-Ee Wei Kejutkan China, Mara ke Suku Akhir Terbuka China 2025

Pasangan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, terus memperkukuh reputasi mereka di pentas antarabangsa apabila mengesahkan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka China 2025 yang kini berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou.

Dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung penuh mendebarkan sebentar tadi, pasangan yang berada di ranking keempat dunia itu menewaskan wakil tuan rumah, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying, dengan kemenangan straight set 22-20, 21-17 dalam tempoh 35 minit permainan.

Prestasi Konsisten dan Strategi Permainan Cemerlang Tang Jie-Ee Wei di Terbuka China 2025

Walaupun berdepan tekanan daripada sorakan penyokong tuan rumah serta bermain menentang pasangan yang memiliki corak permainan pantas, Tang Jie dan Ee Wei berjaya mempamerkan ketenangan luar biasa serta ketepatan strategi. Keupayaan mereka untuk membaca permainan lawan, terutamanya dalam pertukaran pukulan di depan jaring, menjadi faktor utama kejayaan hari ini.

Perlawanan ini juga menandakan pertemuan sulung antara kedua-dua pasangan, namun ia tidak menghalang wakil negara daripada mencipta momentum yang meyakinkan sejak awal set pertama.

Misi Gelaran Sulung Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Musim Ini Masih Bernyala

Walaupun belum meraih sebarang kejuaraan pada musim 2025 setakat ini, prestasi Tang Jie-Ee Wei tetap konsisten dengan empat penampilan di peringkat separuh akhir, masing-masing di Terbuka Malaysia, India, Indonesia dan Jepun. Pencapaian ini menjadi bukti kemampuan pasangan ini untuk bersaing di peringkat tertinggi dan merupakan antara sandaran utama Malaysia dalam saingan kategori beregu campuran.

Baca juga:

Cabaran Suku Akhir Terbuka China 2025 Seterusnya:Satu Lagi Halangan dari China

Dalam misi menempah slot ke separuh akhir, pasangan negara bakal berdepan cabaran lebih getir apabila dijadual menentang satu lagi pasangan tuan rumah, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui, yang sebelum ini mencipta kejutan besar dengan menyingkirkan pilihan kelima kejohanan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, 22-20, 21-15.

Pertemuan yang bakal diadakan esok dijangka hangat, dengan harapan besar diletakkan ke atas Tang Jie-Ee Wei untuk terus membawa cabaran negara dan menamatkan penantian kejuaraan pertama musim ini.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Anwar Ibrahim Umum 5 Inisiatif Rakyat Termasuk Bantuan SARA RM100

Read Next

Bekas Suami Jasmin Sopeah Buat Laporan Polis Selepas ‘Video Nakal’ Tersebar

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *