SERI KEMBANGAN – Sebentar tadi, Dato Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman khas berkenaan tambang percuma bagi penumpang-penumpang Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya bermula hari ini sehingga 31 Mac. MRT Laluan Putrajaya akan dibuka tepat pada jam 3 hari ini untuk memberi peluang lebih besar kepada masyarakat merasai pengalaman menaiki MRT.
Menjangkau jarak 40.2km, MRT Putrajaya Fasa Dua yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim merangkumi jumlah 24 stesen keseluruhannya, di mana terdapat 15 buah Stesen bertingkat dan sembilan buah stesen bawah tanah.
Baca lagi | Juara Dunia, Aaron-Soh Wooi Kalah Awal
Ia bermula daripada Kampung Batu sehingga ke Putrajaya Sentral. Stesen yang terdapat dalam MRT Putrajaya adalah Kampung Batu, Kentonmen, Jalan Ipoh, Sentul Barat, Titiwangsa, Hospital Kuala Lumpur, Raja Uda, Ampang Park, Persiaran KLCC, Conlay, Tun Razak Exchange, Chan Sow Lin, Bandar Malaysia Utara, Bandar Malaysia Selatan, Kuchai, Taman Naga Emas, Sungai Besi, Serdang Raya Utara, Serdang Raya Selatan, Serdang Jaya, UPM, Taman Equine, Putra Permai, 16 Sierra, Cyberjaya Utara, Cyberjaya City Centre dan Putrajaya Sentral.
MRT Putrajaya Fasa Satu
Fasa satu bagi MRT Putrajaya, yang menjangkau jarak sepanjang 17.5 km dan terdiri daripada 12 stesen, telah dilancarkan pada tahun lepas, bertarikh 16 Jun.Secara keseluruhan, lingkaran MRT Putrajaya merangkumi keseluruhan jarak 57.7 km dengan 36 stesen dari Kwasa Damansara hingga ke Putrajaya. MRT Putrajaya juga menyediakan perkhidmatan stesen persilangan untuk menyambungkannya ke MRT Kelana Jaya, MRT Kajang dan monorel KL.
Baca lagi | Nilai Emas Semasa Mengalami Perubahan
Dengan pengumuman tambang percuma MRT ini, kerajaan mengharapkan perkara ini dapat membantu masyarakat dalam isu pengangkutan awam mereka dan memperkenalkan lebih banyak orang kepada penggunaan MRT Putrajaya. Pengendalian percuma ini akan memberikan kesempatan kepada masyarakat untuk merasai pengalaman perjalanan dengan MRT Putrajaya tanpa sebarang kos selama beberapa hari ke depan.