The Malaysia Post

Suara Mahasiswa Mencorak Masa Depan Parti Politik

Meniti dalam arus kemodenan ini, landskap politik di negara kita memerlukan golongan intelektual dan kepimpinan yang tinggi terutamanya dalam golongan mahasiswa di kampus yang bakal mencorakkan arah parti politik.

Muhammad Ridhwan Zakarta, Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) berkata, ia merupanya landasan yang baik untuk Mahasiswa mendalami bidang politik. Beliau berkata lagi, golongan mahasiswa yang berjiwa besar mampu mendorong ke arah tonggak kestabilan sesebuah negara.

“Saya berbesar hati menyambut cadangan untuk membawa masuk unsur politik di kampus kerana ia merupanya suatu kepentingan untuk memberi pendedahan kepada Mahasiswa.

Beri Peluang Golongan Mahasiswa untuk lebih Bijak Dan Matang

Di samping itu, cenderung ke arah parti politik juga dapat membantu Mahasiswa itu sendiri membuat keputusan yang baik dan logik. Kebebasan bersuara dalam kalangan Mahasiswa itu sendiri secara tidak langsung mampu membina politik yang lebih telus dan efisen.

Pada waktu yang sama juga, Rasydan Mohd Hassan yang merupanya Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPKK) berkata, tidak dinafikan bahawa idea tersebut mendorang kesan yang positif kepada golongan Mahasiswa untuk terjun ke dalam bidang politik ini. 

Walaubagaimanapun, setiap kampus ada garis panduannya tersendiri agar tidak melebihi tahap yang boleh mencemarkan nama kampus itu sendiri. Pelaksanaan parti politik di kampus perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan agar lebih tersusun dan tidak ada kesan buruk kepada Mahasiswa itu sendiri.

Baca lagi – Pembangkang di Thailand Menamakan Taikun Hartanah sebagai Penasihat Kanan

 Menyambut Baik Unsur Parti Politik di Kampus

Dalam konteks ini sedikit sebanyak dapat melahirkan golongan Mahasiswa yang berdaya saing serta beretika dalam melontarkan setiap idea-idea yang bernas untuk kemajuan politik negara sekaligus dapat membentuk juga pentadbiran yang baik. Pihak Kementerian juga akan mengkaji lebih mendalam kesan baik dan buruknya supaya perkara ini sebelum dilaksanakan di kampus.

Baca Juga:  Selangor vs JDT Dalam Saingan Piala Malaysia

Akhir sekali, sememangnya parti politik sangat bagus untuk Mahasiswa supaya lebih celik minda dalam membantu mencorakkan negara untuk lebih stabil dan berwawasan.

About Farid Zulkifli

db7e2fc9a63a9ebd68b44452f84ada85c193b650d009d0fb0287c1a357fee97b?s=90&d=mm&r=gFarid Zulkifli ialah wartawan teknologi dan perniagaan yang meliputi perkembangan pesat dunia startup di Malaysia, kemajuan fintech, serta kesan inovasi digital terhadap industri tempatan. Beliau menumpukan perhatian kepada bagaimana teknologi baharu memacu pertumbuhan ekonomi dan membentuk amalan perniagaan harian.

Read Previous

Pembangkang di Thailand Menamakan Taikun Hartanah sebagai Penasihat Kanan

Read Next

Ayda Jebat  Juara The Masked Singer Malaysia 3

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *