The Malaysia Post

Ayda Jebat  Juara The Masked Singer Malaysia 3

Ayda Jebat, atau dikenali sebagai Betta Fish, telah dimahkotakan sebagai juara The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) selepas mengalahkan empat maskot lain dengan membawakan lagu Titanium, yang dipopularkan oleh David Guetta ft Sia.

Untuk segmen kedua, Ayda berduet dengan artis jemputan Marsha Milan dalam lagu berjudul Salam Terakhir. Nur Suhada Jebat, nama sebenar Ayda, membawa pulang sebuah trofi seperti format program yang diikuti oleh negara-negara lain.

Tempat kedua dimenangi oleh Nyoq Muda yang dipersembahkan oleh Syamel, manakala tempat ketiga ditempati oleh Piza Panas yang dikenakan oleh Han Byul. Sementara itu, tempat keempat dimenangi oleh Mimi Fly yang menyamar sebagai Dewi Angsa dan tempat kelima ditempati oleh Hael Husaini yang menyamar sebagai Brokoli. Semua pemenang turut menerima trofi The Masked Singer Malaysia.

Juri Berpengalaman

Juri TMSMY3 terdiri daripada Misha, Elly, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Didie Alias, Atu Zero, dan Emma Maembong. Ella Aminuddin juga menjadi juri tetap untuk tiga musim berturut-turut sementara Datuk AC Mizal menjadi pengacara hos sekali lagi.

Baca lagi | Suara Mahasiswa Mencorak Masa Depan Parti Politik

Musim lalu, Shila Hamzah meraih gelar juara The Masked Singer Malaysia sebagai maskot Rambutan dan membawa pulang trofi berwarna emas sebagai hadiah. Sembilan selebriti telah tersingkir pada minggu sebelumnya, yang terdiri daripada Amy Mastur (Loipop), Datuk Malik Nor (Abang burger), Liza Abdullah (Kurita), Dato Jalaluddin Hassan (Manggis), Norman Hakim (Zirafah), Amsyar Lee (si Tangkis), Ajai (Mr Parrot), zizi Kirana (Bertih Jagung), dan Idayu AF (Mawar Berduri).

Format Program Realiti Korea

TMSMY3 menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer, yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat. Sesi penggambaran TMSMY3 berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

TMSMY3 disiarkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107). Selain itu, TMSMY3 juga boleh ditonton secara eksklusif melalui On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Read Previous

Suara Mahasiswa Mencorak Masa Depan Parti Politik

Read Next

Menjelang 100 Hari Pentadbiran Anwar Ibrahim

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.