“Tengah serabut cari kerja? Chill dulu…” Ada satu app baru yang memang padu untuk bantu rakyat Malaysia cari kerja dan paling win, 100% percuma! Aplikasi ni dibangunkan oleh PERKESO dan ia dikenali sebagai MYFutureJobs App.
Kalau korang pernah guna website MYFutureJobs, confirm akan suka versi app ni lebih laju, lebih mesra pengguna, dan memang senang nak swipe-swipe cari kerja idaman.
Tak payah tunggu lama, kerja boleh cari dari hujung jari je sekarang! Nak lagi best, muat turun je terus dan try sendiri.
Apa Yang Best Sangat Dengan Aplikasi MYFutureJobs Ni?
1. Cari & Mohon Kerja Dengan Satu Klik Je di Aplikasi MYFutureJobs
Tak perlu buka laptop, tak perlu tulis panjang-panjang lagi. Anda boleh terus mohon kerja guna telefon sekali klik je dah boleh hantar resume!
2. Pemadanan Kerja Guna Teknologi AI
MYFutureJobs ni sebenarnya guna sistem kecerdasan buatan (AI) untuk padankan korang dengan kerja yang dirasakan sangat sesuai dengan kemahiran dan minat yang korang ada. So, korang dah tak payah susah-susah scroll kerja random yang langsung tak relevan.
3. Kemas Kini Masa Sebenar
Anda akan dapat notifikasi real-time kalau ada:
- Tawaran kerja baru
- Jemputan temuduga
- Perubahan status permohonan
4. Akses 24/7 Aplikasi MYFutureJobs
Nak cari kerja waktu makan tengah hari? Boleh. Tengah insomnia pukul 2 pagi pun boleh buka apps ni dan tengok kerja kosong.
5. Sinkronisasi Penuh Dengan Portal Web
Dah ada akaun portal MYFutureJobs? Tak perlu daftar lagi. Semua maklumat korang akan diselaraskan automatik antara laman web dan aplikasi.
Aplikasi MYFutureJobs Percuma, Selamat & Dibina Khas Untuk Rakyat Malaysia
Tak seperti sesetengah platform cari kerja yang kenakan caj untuk fungsi premium, aplikasi MYFutureJobs ni 100% percuma, tiada caj tersembunyi, dan dibina khas untuk keperluan pasaran kerja tempatan.
Sebab ia dibangunkan oleh agensi kerajaan PERKESO, jadi tak perlu risau pasal keselamatan data atau penipuan. Ia sah, selamat dan telus.
Baca juga:
- ATS Resume Checker Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Mohon Kerja!
- Ini 10 Bidang Pengajian Yang Paling Mudah Dapat Peluang Kerja – Boleh Try Mohon!
Lebih Banyak Ciri Menarik Aplikasi Cari Kerja MYFutureJobs Pada Masa Akan Datang!
PERKESO tak berhenti kat sini je. Dalam beberapa bulan akan datang, mereka akan tambah ciri baru macam:
- Pilihan bahasa dwibahasa (BM & BI)
- Antara muka yang lebih smooth dan moden
- Job Near Me – cari kerja paling dekat dengan rumah
- Log masuk secara biometrik – buka apps guna cap jari korang
- Notifikasi acara kerjaya – macam job fair & seminar
- Papan pemuka pemohon – untuk semak semua status permohonan kerja korang
Cara Nak Muat Turun Aplikasi MYFutureJobs?
Senang je! Aplikasi MYFutureJobs dah tersedia sekarang:
Kalau korang tengah cari kerja, jangan bazir masa cari kat tempat lain dulu. MYFutureJobs App memang direka khas untuk rakyat Malaysia dari segi fungsi, keselamatan dan keselesaan.
Cepat-cepat download Aplikasi MYFutureJobs dan mula bina laluan kerjaya korang hari ini!