Pemain Liga Perdana Inggeris akan dibuang padang jika batuk dengan sengaja di hadapan pemain lain dan berdepan tindakan polis di bawah peraturan baharu Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) berkenaan COVID-19.
FA menggariskan panduan baharu buat pegawai perlawanan dan akan berkuat kuasa serta merta.Peraturan baharu itu menyatakan pengadil perlu melayangkan kad merah kepada pemain sekiranya jelas mereka batuk di hadapan pemain lain.
Batuk dengan sengaja dilihat sebagai perbuatan yang sama seperti serangan fizikal.Bagaimanapun pengadil tidak bertanggungjawab untuk memastikan pemain mengamalkan penjarakan sosial ketika meraikan jaringan.
Mereka juga tidak boleh menghukum pemain kerana meludah – perbuatan yang sudah diharamkan di bawah protokol FA sebaik saingan bersambung Jun lalu. Namun pengadil boleh mengingatkan pemain-pemain supaya tidak melakukannya.