The Malaysia Post

Singapura Anjur Perhimpunan LGBT Yang Pertama Sejak Diharamkan

Segala aktiviti seksual sejenis di antara lelaki telah diharamkan di Singapura sejak zaman penjajah lagi. Namun, bagaimanapun, pada Ogos lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengumumkan pengharaman tersebut yang terkandung di bawah Akta Seksyen 377A kanun keseksaan Singapura untuk menyahjenayah berkaitan seks gay.

Perdana Menteri Singapura memberitahu bahawa apa yang kerajaan lakukan adalah betul dan perkara tersebut dapat diterima dengan baik oleh kebanyakan rakyat Singapura.

Perhimpunan LGBT Dihadiri Ramai Orang

Perhimpunan LGBT yang diadakan pada hari Sabtu (24 Jun) disertai oleh beribu-ribu orang dengan tema pakaian berwarna merah jambu dengan memegang bendera pelangi. Mereka dilihat berkumpul di Taman Hong Lim untuk perhimpunan tahunan Pink Dot, yang telah diadakan bagi menyokong komuniti LGBTQ+ sejak tahun 2009 lagi.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Raw Story melalui jurucakap Pink Dot Clement Tan, beliau berkata bahawa dengan pembatalan larangan tersebut ia membawa satu kelegaan kepada kumpulan itu untuk mengadakan perhimpunan tanpa ada sekatan oleh undang-undang yang menindak puak tersebut.

Baca lagi | Singapura Memohon Maaf Atas Lawak Jocelyn Chia Yang Melampau

Tuntut Kesamarataan untuk Golongan LGBT

Walaupun tidak dinyatakan secara terperinci apakah yang akan mereka lakukan, tetapi apa yang jelas menurut beliau matlamat kumpulan itu masih lagi sama iaitu inginkan kemajuan yang prosesnya adalah secara perlahan-lahan dan untuk dapatkan kesamarataan bagi kumpulan itu walau apa pun bentuk.

Membawa tema ‘Singapura untuk Semua Keluarga’, terdapat segelintir golongan komservatif yang memberi tekanan kepada mereka di mana golongan terbabit mengatakan pemansuhan seks gay ini akan membawa masalah serta menghakis ‘nilai kekeluargaan’ yang terdapat di negara itu.

Semua Orang Adalah Sama

Sambungnya lagi, tidak kira rupa keluarga di Singapura, mereka percaya bahawa setiap orang harus berdiri di bawah sinar matahari yang sama. Larangan seks gay yang ditarik balik secara rasmi pada November yang lalu telah memberi sinar baru kepada golongan LGBT.

Pindaan itu dilakukan untuk mengukuhkan definisi perkahwinan sebagai antara lelaki dan wanita , dalam usaha kerajaan untuk menangkis cabaran mahkamah yang telah membawa kepada perkahwinan sejenis yang telah disahkan di negara lain.

Baca lagi | Grab Malaysia Aktifkan Semula Akaun Rider Tegur Warga Singapura Isi Minyak RON95

Tiada Perubahan Dalam Masyarakat Apabila Larangan Dimansuhkan Nishanthiy Balasamy yang merupakan seorang wanita normal juga turut menghadiri perhimpunan itu bagi menyatakan sokongan kepada abangnya yang merupakan seorang gay. Beliau menyatakan bahawa dia tidak melihat sebarang perubahan yang ketara dalam masyarakat Singapura sejak larangan itu dimansuhkan oleh kerajaan

About Mohammed Ibrahim

Mohammad Ibrahim adalah pembela kebenaran. Dia percaya bahawa penting untuk bersuara dan memperjuangkan perkara yang betul, tidak kira apa kosnya. Mohammad telah mendedikasikan hidupnya untuk memperjuangkan keadilan sosial dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua. Beliau seorang penceramah yang berkuasa dan ahli strategi politik yang mahir.

Read Previous

Anwar Solat Sunat Aidiladha Bersama Warga Putrajaya Di Masjid Putra

Read Next

Xiyu Lin Berada Dalam Kedudukan 10 Terbaik LPGA

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.