Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), telah menggesa semua pihak terbabit untuk meningkatkan taraf padang stadium mereka dengan menggunakan rumput yang lebih berkualiti. Beliau membuat kenyataan tersebut dalam sebuah komen di laman Instagram peminat bola sepak, yang merujuk kepada tawaran geran daripada Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) bagi menukar rumput Zeon Zoysia untuk stadium negeri.
TMJ menjelaskan bahawa rumput lembu atau ‘Cowgrass’ tidak lagi sesuai digunakan dalam bola sepak moden. Beliau juga menggesa semua pihak termasuk pemilik dan presiden kelab untuk mengambil inisiatif dalam menaik taraf padang stadium mereka dan menukar rumput yang telah lama digunakan dengan rumput yang lebih berkualiti.
Komentar TMJ sebuah tamparan
Kata-kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagaikan teguran hebat kepada pihak-pihak yang terlibat dalam membangunkan industri sukan bola sepak di Malaysia. Dalam komentarnya, TMJ menegaskan bahawa jika usul menukarkan rumput lembu kepada rumput padang yang lebih berkualiti adalah penting dan pemilik dan presiden kelab seharusnya mengambil peranan dalam hal ini.
Baca lagi | ‘ADUN Angkat’ Isi Empat Kerusi Kosong
“Boleh belanja berpuluh juta setiap tahun tetapi padang 900K tak boleh buat”, tambah TMJ lagi.
Zeon Zoysia dijangka siap bulan Oktober
Menjawab cadangan tersebut, Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan mengakui bahawa bekas Presiden FAM mencadangkan supaya lebih banyak padang stadium di seluruh negara ini memiliki padang rumput yang berkualiti. Beliau juga menyatakan bahawa ini adalah idea yang bagus yang dicadangkan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Baca lagi | Ummi Nazeera Bimbang Imej Wanita Berhijab Tercalar
Kualiti beberapa padang stadium yang digunakan dalam saingan Liga Malaysia bagi musim ini masih mendapat kritikan oleh sesetengah pihak berikutan permukaan padang yang kurang berkualiti. Sebagai contoh, Gelanggang keramat skuad Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, dilaporkan sedang dalam proses menukar rumput kepada jenis Zeon Zoysia yang dijangka siap pada Oktober ini.
Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut memberi cadangan untuk menukar rumput padang stadium yang telah lama digunakan sebelum pembinaan stadium baru selesai, dan ini akan meningkatkan kualiti padang stadium ke tahap yang lebih baik.