The Malaysia Post

PM Ismail Sabri: Malaysia, Turki perkukuh kerjasama melalui perkongsian teknologi

Malaysia dan Turki akan terus mengukuhkan kerjasama melalui perkongsian teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam catatan di laman Facebook rasminya, Ismail Sabri berkata perkara itu adalah antara isu yang dibincangkan semasa kunjungan hormat yang diterima daripada Duta Turki Merve Safa Kavakcı, bersama wakil dua gergasi industri pertahanan negara itu hari ini.

Beliau berkata Malaysia akan meneroka peluang kerjasama perkongsian teknologi dengan syarikat dari Turki.

“Makina Kimya Endustrisi Kurumu (MKE), diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Servet Akkaynak dan Industri Aeroangkasa Turki (TAI), diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Temel Kotil, menjemput saya melawat kilang mereka di Turki.

Baca Lagi | PM Ismail Sabri: Malaysia, Turki perkukuh kerjasama melalui perkongsian teknologi

“Mereka berminat untuk meneroka peluang perkongsian teknologi terutama dalam bidang aset pertahanan dan aeroangkasa. Insya Allah, kami akan mengukuhkan lagi kerjasama Malaysia-Turki,” menurut catatan Facebook itu. ― Bernama

Read Previous

‘Prinsip dan cita-cita saya adalah sama dengan Bersatu’, kata Azmin sambil mengulangi komitmennya kepada parti

Read Next

SUPP menerima enam laporan penipuan, mencari langkah pencegahan Bank Negara

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.