Persekutuan Kuala Lumpur lancarkan proses pembasmian kuman untuk basmi penularan COVID-19

Kementerian Wilayah Persekutuan menjalankan pembasmian kuman berskala besar di Kuala Lumpur, terutamanya di kawasan yang dikenalpasti sebagai zon merah COVID-19 semalam.

Menurut menteri di kementerian itu, Tan Sri Annuar Musa berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengarahkan untuk membelanjakan perbelanjaan agar semua sumber yang ada membantu menangani penularan di negara ini.

Usaha ini telah dilaksanakan oleh pelbagai agensi yang terdiri daripada 100 kakitangan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Alam Flora Sdn Bhd yang diselia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ianya turut mendapat bantuan daripada pihak polis.

Pembersihan dan pembasmian kuman ini telah dilakukan di sekitar Masjid Seri Petaling di Sri Petaling. Kawasan ini dikatakan menjadi pusat tercetusnya gelombang kedua jangkitan COVID-19.

Proses sanitasi yang intensif turut dilihat dijalankan di kawasan orang awam, yang kemungkinan menjadi kawasan di mana orang awam terdedah kepada virus yang merbahaya ini.

Akhbar melaporkan kerja-kerja pembasmian ini telah dijalankan di luar kawasan masjid, surau dan termasuk di kawasan jalan raya. Kakitangan DBKL dilihat menyemburkan cecair pembasmi kuman di laluan pejalan kaki sementara tangki yang mengisi cecair sanitasi milik Alam Flora membantu menyemburk cecair pembasmi kuman itu di atas jalan raya.

Semalam, Annuar menjelaskan sejak wabak itu merebak, pelbagai usaha yang diambil kerajaan bagi mengekang jangkitan virus ini, seperti mengambil langkah Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP), rawatan perubatan kepada pesakit dan mempromosikan penjagaan kebersihan diri. 

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

Read Previous

Sepanyol catat kes kematian kedua tertinggi, bagaimana kematian meningkat secara mendadak di negara itu?

Read Next

Malaysia sedang bangunkan aplikasi mengesan pergerakan pesakit COVID-19

Langgan
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat semua komen
0
Inginkan pendapat anda, sila komen.x
()
x