Perlis, 9 Mac 2024 – Perlis telah mengukuhkan kedudukannya sebagai negeri terbaharu di Malaysia yang menghentikan operasi premis perjudian dengan menutup cawangan permainan 4D terakhir di negeri tersebut, pada hari Khamis yang lalu. Tindakan ini merupakan langkah yang diambil selepas penutupan cawangan Da Ma Cai yang terletak di Padang Besar pada 6 Mac lalu. Dengan ini, semua cawangan loteri di Perlis telah dihentikan operasinya antara Julai dan Oktober tahun lepas.
Penutupan Cawangan Perjudian 4D Terakhir di Perlis
Menurut laporan New Straits Times, penutupan cawangan permainan 4D terakhir di Perlis menandakan akhir dari era perjudian di negeri tersebut. Sebelum ini, Perlis memiliki enam cawangan loteri yang beroperasi, namun dengan pengumuman kerajaan negeri untuk tidak memperbaharui lesen operasi premis perjudian, semua cawangan tersebut telah ditutup. Meskipun penutupan premis perjudian ini dijangka menyebabkan kerugian ekonomi, namun Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Fakhrul Anwar Ismail, menyatakan bahawa kerajaan negeri bersedia mengorbankan jumlah tahunan RM2,544 hasil daripada lesen operasi demi kepentingan umum dan keharmonian sosial.
Baca lagi | Ini 10 Tempat Menarik Di Perlis Yang Paling Best Untuk Anda Lawati
Keputusan Bersejarah Perlis dalam Menangani Isu Perjudian
Penutupan tempat judi ini telah membuatkan Perlis menjadi negeri yang keempat di bawah pemerintahan PAS yang berjaya menghentikan sebarang pengeluaran lesen untuk pusat-pusat perjudian, sepertimana yang dbuat oleh negeri Kelantan, Terengganu, dan Kedah. Sejak Januari 2023, Kedah telah menutup semua 45 premis perjudian, manakala larangan perjudian di Kelantan dan Terengganu telah dikenakan sejak tahun 1990 dan 2020.
Respons Masyarakat Terhadap Penutupan Premis Judi di Perlis
Sebelum penutupan cawangan perjudian terakhir di Perlis, ramai orang dilihat mengunjungi premis tersebut untuk kali terakhir. Beberapa dari mereka turut mengunjungi cawangan Da Ma Cai di Pulau Pinang, yang merupakan cawangan terdekat, untuk mengutip wang pertaruhan terakhir mereka. Pekerja di kedai tersebut melaporkan bahawa terdapat peningkatan pengunjung yang luar biasa pada hari terakhir operasi, menandakan kepentingan besar yang diberikan oleh masyarakat tempatan terhadap perjudian.