The Malaysia Post

Perintah Kawalan Pergerakan mungkin dilanjutkan jika gagal kekang COVID-19

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan memutuskan sama ada untuk mengenakan tambahan kepada pelanjutan dua minggu kepada Perintah Kawalan Pergerakan jika keadaan sekarang gagal mengekang COVID-19. Perintah Kawalan Pergerakan sedia ada dikuatkuasakan di seluruh negara bermula 18 Mac sehingga 31 Mac.

Muhyiddin berkata MKN akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan sama ada untuk melanjutkan lagi polisi itu selepas mengambil kira penambahbaikan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan dan kerjasama semua termasuk peserta tabligh yang masih belum tampil untuk melakukan pemeriksaan.

Masjid Putra ditutup sementara waktu mengikut tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan bermesyuarat bagi menentukan langkah selanjutnya sebelum berakhir tempoh perintah terbabit iaitu pada 31 Mac ini.

“Sama ada kita nak lanjutkan akan diteliti dari segi perkembangan. Jika ada penambahbaikan dengan tindakan yang diambil Kementerian Kesihatan dibantu agensi lain dan kerjasama semua pihak, terutama kumpulan tabligh yang masih berbaki belum keluar lagi itu, kemungkinan besar perintah ini menunjukkan kesan yang positif jika angka dan data yang akan datang lebih rendah.

Jalan sekitar ibu kota lenggang susulan polisi perintah yang dilaksanakan kerajaan.

“Tetapi sebelum tempoh tamat pada 31 Mac ini, MKN akan bersidang sama ada langkah yang diambil memadai atau perlu dilanjutkan lagi selama seminggu atau dua minggu lagi. Ini akan kita kaji, sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Mengulas mengenai situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan, Muhyiddin berkata, hasil laporan mendapati pematuhan kira-kira 90 peratus. Justeru, beliau berharap kadar pematuhan perintah itu dapat mencapai 100 peratus.

“Dari satu sudut, ia boleh dikatakan berkesan tetapi jika ada pergerakan, kita mengharapkan ia dapat dikurangkan kepada paras yang minimum. Seperti yang kita maklumkan sebelum ini, apabila keluar hanya untuk mendapatkan barangan keperluan atau ubat-ubatan seperti yang kita maklumkan kepada polis sebelum ini. Cepat beli dan segera pulang ke rumah,” katanya.

Polis trafik membuat sekalan jalan raya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengehadkan pergerakan orang awam.

Terdahulu, dalam perutusan khas, perdana menteri berulang kali merayu kepada rakyat supaya duduk di rumah dengan tidak menggunakan tempoh dua minggu itu untuk balik kampung, pergi bercuti dan melepak dengan kawan-kawan.

Muhyiddin menegaskan beliau memerlukan sokongan para doktor, jururawat, polis, semua penjawat awam, pekerja swasta, pelajar universiti dan semua rakyat untuk membendung wabak COVID-19 daripada menular di negara ini. “Insya-Allah, berkat sokongan, kebersamaan dan kesabaran kita semua, saya berdoa mudah-mudahan kita akan berjaya mengatasi krisis ini,” katanya.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

COVID-19: Pasukan penyelidikan diketuai Malaysia diiktiraf oleh WHO

Read Next

Perintah Kawalan Pergerakan – ATM guna dron dan UAV pantau rakyat

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *