The Malaysia Post

Penganggur didakwa liwat pelajar tingkatan satu

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas empat pertuduhan meliwat seorang pelajar lelaki tingkatan satu.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 22 tahun itu mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Kesalahan itu dilakukan pada 23 Januari lalu antara pukul 5.15 hingga 5.20 petang, di sebuah rumah di Wakaf Tapai, Marang.

Manakala bagi pertuduhan ketiga dan keempat, tertuduh didakwa mengulangi kesalahan yang sama pada 1 Febuari lalu pukul 3 dan 3.05 petang.

Tertuduh didakwa melakukan dua kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Selain itu, tertuduh turut berdepan hukuman di bawah Seksyen 377C  jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dari lima dan tidak lebih dari 20 tahun penjara dan juga sebatan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah dipecat

Read Next

Ringgit terus lemah berbanding dolar AS

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *