The Malaysia Post

Pelarian di Malaysia mengalami keresahan, terjejas sepanjang tempoh PKP

Malaysia antara negara yang mempunyai pekerja asing dan pelarian yang tinggi di negara ini. Ramai yang berhijrah jauh dari negara sendiri demi untuk mencari pelindungan dan rezeki yang lebih berbaloi jika dibandingkan di negara mereka sendiri. Namun, pandemik COVID-19 telah memaksa Malaysia untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah memerangi wabak koronavirus.

Lebih 200,000 pelarian dan pencari suaka yang berada dalam kegusaran yang bukan sahaja takut pada virus yang merbahaya ini, tetapi kesan yang turut tertempias pada kehidupan mereka.

Hampir 180,000 pelarian dan para pencari suaka telah didaftarkan dengan UN High Commissioner for Refugees (UNHCR) di Malaysia, yang kebanyakannya adalah dari Myanmar. Kumpulan komuniti pelarian menganggarkan terdapat lebih daripada 80,000 yang masih belum mempunyai dokumentasi, dan masih menunggu pendaftaran dengan UNHCR.

91625a55ae5e4b67957e2fdd0bb7fef4 18
Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan saringa percuma kepada para pelarian di negara ini bagi mengekang COVID-19

Dengan kadar kes COVID-19 yang dilaporkan tertinggi di Asia Tenggara, pandemik di Malaysia ini bukan sahaja mendedahkan kesukaran dialami oleh pelarian dan pencari suaka untuk mendapatkan rawatan perubatan tetapi juga risiko yang akan dibawa kepada kesihatan orang awam secara keseluruhannya.

“COVID-19 jelas menunjukkan kita semua adalah berkait antara satu sama lain. Halangan untuk rawatan kesihatan dan diskriminasi telah mewujudkan keadaan dimana pesakit tidak dirawat, kes dibiarkan tidak dikenalpasti dan virus semakin tersebar,” kata Dr Susheela Balasundaram, pegawai kesihatan awam bersekutu UNHCR.

Sebagai bukan parti di dalam Konvensyen Pelarian PBB dan tanpa mempunyai kerangka undang-undang untuk pelarian, yang dianggap sebagai “pendatang tanpa izin” dan polisi dikenali sebagai Pekeliling 10/2001 yang memperuntukkan pembekal penjaga kesihatan untuk melaporkan mereka yang tanpa dokumen kepada pihak polis. Walaupun undang-undang tersebut selalunya tidak dipraktikkan, tetapi masih ada yang pernah ditangkap setelah mendapatkan rawatan atau selesai bersalin.

Baca Juga:  Quibi, penstriman baru melalui telefon pintar sahaja

Namun begitu, krisis COVID-19 sekarang ini merupakan ancaman besar terhadap negara yang boleh memberi kesan terhadap keselamatan kesihatan orang awam. Jadi, polisi sebelum ini perlu dipandang tepi buat sementara bagi membolehkan capaian saringan COVID-19 yang lebik meluas.

Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata pada minggu lepas, bahawa kerajaan tidak akan menangkap sesiapa berdasarkan pada status imigresen mereka yang menndapatkan servis rawatan berkaitan COVID-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut memaklumkan bahawa rawatan COVID-19 adalah percuma untuk orang asing yang menunjukkan simptom virus ini. Ini merupakan langkah penting untuk membina kepercayaan dan konfiden bagi mereka yang memerlukan perhatian perubatan untuk tampil ke hadapan.

Walau bagaimanapun, para pelarian ini masih menunjukkan kebimbangan terhadap layanan Malaysia sebelum ini membuatkan mereka enggan untuk tampil membuat saringan COVID-19. Ketakutan berterusan mereka untuk ditangkap dan ketidakbolehan untuk mendapatkan rawatan kesihatan menyebabkan sesetengah pelarian ini berlenggah untuk mendapatkan rawatan atau membuat saringan.

Selain itu, mereka turut menghadapi masalah kewangan. Kebanyakan pelarian tidak mempunyai hak undang-undang untuk bekerja di Malaysia. Jadi ramai yang mencari pendapatan di sektor tidak rasmi, dengan hanya perlindungan pekerjaan yang terhad sahaja. PKP yang dilanjutkan sehingga 14 April menyebabkan ramai yang terjejas tanpa hasil pendapatan, kerana larangan perkhidmatan yang tidak berkepentingan di negara ini.

Satu pelan tindakan yang khusus perlu diambil oleh kerajaan dengan kerjasama dari pelbagai agensi untuk membantu para pelarian yang terjejas sepanjang tempoh PKP. Masyarakat awam harus tampil hulurkan bantuan, walaupun mereka hanya berstatuskan pendatang tanpa izin sahaja. Sikap dan kepercayaan ini perlu untuk memerangi wabak COVID-19 terus menular tanpa penghujungnya.

Baca Juga:  Taiwan sahkan kematian pertama akibat COVID-19

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Pembelajaran atas talian ‘e-learning’ hadapi cabaran di Malaysia

Read Next

Pengambilan makanan tambahan bawa lebih kebaikan kepada kesihatan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *