Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atau Peja, mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya tidak hanya memberi tumpuan kepada memerangi rasuah, tetapi juga memperbaiki taraf hidup rakyat.
Dalam temu bual dengan Malaysiakini, beliau mengakui kepentingan menangani rasuah, tetapi berkata ia tidak sepatutnya dilakukan dengan mengabaikan usaha-usaha lain.
Bercakap Mengenai Usaha Membendung Rasuah Tetapi Tersalah Arah
Menurut Peja, beliau melihat kepada situasi setelah enam bulan iaitu sejak Anwar menjadi perdana menteri, apa yang beliau dapati adalah Anwar menggunakan isu rasuah ini yang mana dilihat cukup dominan melibatkan individu-individu yang terlibat dalam rasuah iaitu seakan-akan semua orang terlibat dengan rasuah, melainkan dirinya sendiri.
Beliau juga turut persoalkan bahawa jika Anwar menahan 80 bekas menteri dan mendakwa mereka setiap hari, adakah tindakan ini akan menyebabkan penurunan harga makanan dan mengurangkan beban rakyat sedangkan usaha lain tidak diusahakan sama seperti usaha membendung gejala rasuah yang lari dari asalnya.
Beliau menyatakan bahawa memperbaiki taraf hidup rakyat adalah sebahagian daripada tanggungjawab perdana menteri.
Baca lagi | Muhyiddin Pertimbang Saman Perdana Menteri Anwar Ibrahim Atas Fitnah Terima Dana Judi PRU15 Lalu
Bosan Dengan Retorik Anti-Rasuah Setiap Hari
Lelaki berusia 52 tahun itu berkata bahawa dia merasa letih dengan penekanan yang berterusan mengenai pencegahan rasuah.
Peja turut meluahkan rasa kesal apabila seorang Perdana Menteri yang percakapannya setiap hari mesti bercakap tentang rasuah sehingga semua orang rasa pening kepala mendengarnya yang sinonim dengan ayat semua orang tidak boleh rasuah, semua orang tidak boleh memberi rasuah sepanjang masa.
Ahmad Faizal juga menyeru semua ahli politik, termasuk dirinya sendiri dan rakan-rakannya dari parti gabungan Perikatan Nasional, untuk berhenti terlibat dalam permainan politik dan memberi tumpuan kepada melayani rakyat.
Baca lagi | Skandal Jana Wibawa: Ahli Perniagaan, Datuk Roy Dan Pegawai SPRM Didakwa Atas Tuduhan Rasuah RM2.64 Juta
Presiden Bersatu, Muhyiddin Terlibat Kes Rasuah
Pada bulan Mac, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung dengan projek Jana Wibawa yang dimulakan semasa beliau masih menjadi perdana menteri, serta status pengecualian cukai bagi badan kebajikan Yayasan Albukhary.
Sebelum itu, bekas ketua maklumat Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, dan timbalan ketua bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, juga didakwa atas kes Jana Wibawa.
Jana Wibawa, atau “Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa”, dilancarkan semasa pentadbiran Muhyiddin dengan tujuan meningkatkan kapasiti dan daya tahan kontraktor Bumiputera dalam sektor pembinaan.