Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengalami kecederaan ketika sedang melakonkan satu babak bersama pelakon lelaki, Azhan Rani. Babak tersebut boleh dikatakan sedikit ganas kerana membabitkan kekasaran di mana Fasha diheret oleh Azhan dan kemudiannya ditolak ke dalam sebuah bilik. Malang nasib Fasha apabila ketika jatuh, mukanya terhantuk pada bucu katil yang menyebabkan kecedaran pada bahagian matanya.
Lebam di Muka, Pendarahan
Video pengambaran itu yang dimuat naik melalui Instagram milik aktres terkenal itu turut memaparkan keadaan wajah Fasha Sandha yang mengalami luka calar di bahagian pipi dan lebam di bahagian matanya.
Berdasarkan caption di Instagramnya Fasha mengalami patah tulang mata dan pendarahan pada bebola matanya. Beliau yang dirawat di Hospital Pakar Johor dijangka akan dipindahkan ke Hospital Pakar Kuala Lumpur hari ini. Ujar Fasha juga tiada siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini kerana kemalangan tersebut berlaku di luar kawalan dan tidak dijangka.
Baca lagi – Influencer Bersuara Kuat dan Acah-Acah Savage
Rakan Artis Saling Mendoakan
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata rakan artis mendoakan Fasha Sandha supaya cepat sembuh dari kecederaan. Namun, ada juga dari kalangan peminat memberikan komentar menyalahkan perbuatan pelakon lelaki tersebut kerana terlalu menjiwai watak sehingga menyebabkan kecederaan ke atas Fasha. Ada juga yang menyalahkan pihak produksi kerana gagal memastikan keadaan set pengambaran supaya selamat bagi mengelakkan sebarang kemalangan ke atas pelakon dan kru.
Pihak produksi memohon maaf kepada Fasha Sandha dan keluarga atas kejadian yang berlaku itu. Namun begitu, tanggung jawab sepenuhnya harus di ambil oleh pihak produksi bagi memastikan pelakon atau kru yang tercedera ketika bekerja di bawah produksi mendapat perhatian dan rawatan yang sewajarnya. Kemalangan seumpama ini memanglah berlaku diluar kawalan, tetapi boleh dielakkan jika produksi memastikan terlebih dahulu set pengambaran adalah selamat untuk digunakan.
Semoga Fasha Sandha cepat sembuh seperti sedia kala dan berharap kejadian seperti ini menjadi pengajaran buat mana-mana pihak produksi agar lebih cakna akan perihal keselamatan di tempat kerja.