The Malaysia Post

Pakar VFX Malaysia, Kevin Pinga Kembali Bersinar Dalam Filem Marvel ‘Thunderbolts’!

KUALA LUMPUR, 3 Mei 2025 – Nama Kevin Pinga, pakar kesan visual (VFX) dari Malaysia sekali lagi menjadi sebutan selepas beliau mengesahkan penglibatannya dalam filem blockbuster terbaru Marvel, ‘Thunderbolts’.

Marvel Cari Pakar VFX Malaysia, Kevin Pinga Lagi Untuk Projek Gempak Ini!

Dalam satu perkongsian di media sosial, Kevin mendedahkan bahawa Marvel sekali lagi menawarkan peluang kepadanya untuk menyumbangkan kepakaran dalam bidang VFX, khususnya untuk menghasilkan kesan khas 3D dalam filem ‘Thunderbolts’ yang kini sedang hangat di pawagam seluruh dunia.

“Lama dah tak post… MIA sebab busy dengan projek ni lah,” tulis Kevin ringkas tapi penuh makna.

Beliau merupakan antara 30 pakar VFX dari seluruh dunia yang dipilih menyertai produksi filem ini — dan menariknya, sebahagian penggambaran turut dilakukan di Malaysia!

Malaysia Cantik Dalam Penggambaran Filem Thunderbolts

Menurut Kevin, rakyat Malaysia wajib tengok filem ini di pawagam kerana ia menampilkan pemandangan negara kita yang sangat menawan.

“Kalau korang belum tengok lagi, pergilah tengok. Malaysia nampak cantik gila dalam filem ni,” katanya.

Paling bangga, bangunan ikonik seperti KLCC, Menara TRX, Merdeka 118, dan KL Tower semuanta turut mendapat ‘screentime’ tau dan menjadikan filem ini simbol kebanggaan buat rakyat Malaysia.

Netizen Bangga Dengan Kevin Pinga, Pakar VFX dari Malaysia

Ramai netizen menyatakan rasa bangga mereka terhadap pencapaian Kevin. Ada yang komen:

“Saya tak kenal awak, tapi saya bangga gila! Baru je keluar dari panggung lepas tengok filem ni. Memang padu!”

Seorang lagi penonton menambah:

“Malaysia nampak cantik dalam Thunderbolts. Marvel patut rakam lebih banyak kat sini!”

Kevin: “Peluang Macam Ni Tak Datang Selalu”

Kevin yang sebelum ini pernah terlibat dalam beberapa projek besar Hollywood berkata dia tidak teragak-agak untuk menerima tawaran Marvel kali ini.

“Dah agak lama saya tak sentuh projek Marvel. Jadi bila peluang ni datang, saya terus ON!”

Beliau juga menganggap filem ini sebagai antara karya Marvel yang paling menarik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Baca juga:

Fakta Menarik Tentang Kevin Pinga & Thunderbolts Terbitan Marvel Studios

  • Asal: Malaysia
  • Kepakaran: Visual Effects (VFX)
  • Projek Terkini: Thunderbolts (2025)
  • Produksi: Marvel Studios
  • Lokasi Penggambaran: Termasuk Malaysia

Penglibatan Kevin Pinga dalam filem ‘Thunderbolts’ bukan saja satu pencapaian peribadi, tapi juga satu kebanggaan buat Malaysia. Ia membuktikan bahawa anak tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa, khususnya dalam industri filem dan teknologi visual.

Kalau korang belum tengok filem ni — apa lagi, jom ke pawagam! Sokong filem yang turut menampilkan keindahan Malaysia dan hasil kerja anak tempatan kita.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

5 Cara Kekal Tenang Bila Dapat Tahu Suami Curang

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *