The Malaysia Post

Nak Kurus Dengan Cepat? Ini 7 Petua Kuruskan Badan Dalam Tempoh Seminggu!

Dah macam-macam tips dan petua kuruskan badan yang anda cuba? Tapi semuanya tak berjaya! Apa kata kalau anda semua pakat cuba tips kuruskan badan dalam tempoh seminggu yang kami kongsikan di bawah ini.

Semua tips kuruskan badan ini sangat berkesan dan anda akan dapat lihat kesannya dalam tempoh seminggu. Cepat kan?

Tanpa membuang masa, jom lihat apakah petua kuruskan badan dan kempiskan perut tersebut di bawah ini!

Senarai Tips Kuruskan Badan Dalam Tempoh Seminggu

Terdapat pelbagai kaedah atau pelan diet termasuklah diet paleo, diet Mediterranean, diet rendah karbo atau diet DASH.

Berdasarkan kesemua pelan diet ini, kami rangkumkannya untuk mudahkan anda menurunkan berat badan iaitu:

#1. Kurangkan Pengambilan Karbohidrat dan Lebihkan Protein

Tip kuruskan badan yang pertama adalah anda perlu kurangkan pengambilan karbohidrat selama beberapa hari juga antara cara berkesan kuruskan badan.

Terdapat kajian yang membuktikan bahawa pelan terbaik untuk menurunkan berat badan adalah pelan diet pengurangan pengambilan karbohidrat dalam tempoh beberapa hari.

Anda juga digalakkan untuk banyakkan pengambilan protein tanpa lemak sebagai ganti kepada karbohidrat tersebut untuk berasa kenyang dan bertenaga.

#2. Kurangkan Pengambilan Kalori Harian

Petua kuruskan badan yang seterusnya adalah pengambilan kalori. Jika anda nak tahu semakin sedikit kalori yang diambil setiap hari, semakin mudah berat badan anda untuk menurun.

Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan pengambilan kalori harian:

  • Kira kalori makanan: Anda juga perlu membuat pengiraan kalori harian, dengan cara memuat turun aplikasi pengiraan kalori pada telefon pintar.
  • Elakkan pengambilan snek: Jumlah kalori harian akan meningkat jika anda mengambil snek terutama pada waktu malam. Oleh itu, kurangkan atau elakkan pengambilan snek di antara waktu makan. Jangan makan selepas anda menikmati makan malam anda.
  • Kurangkan pengambilan bahan sos: Pengambilan sos pencicah makanan seperti sos cili, mayones dan kicap juga perlu dikurangkan.
  • Lebihkan pengambilan sayur: Pengambilan sayur-sayuran yang banyak juga membantu untuk turunkan berat badan dengan cepat dan mengurangkan kebergantungan kepada makanan berkanji.
  • Elakkan daripada meminum minuman manis: Anda perlu banyakkan pengambilan air kosong dan kurangkan pengambilan minuman yang bergula atau manis.

#3. Kekal Aktif Antara Petua Kuruskan Badan Yang Berkesan

Jika tidak mempunyai masa untuk bersenam dan bersukan, anda boleh lakukan pembakaran lemak melalui peningkatan aktiviti harian yang lebih aktif.

Ubah gaya hidup anda dengan cara melibatkan lebih banyak pergerakan. Contohnya seperti menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja atau gunakan tangga berbanding lif.

Sekiranya masa anda banyak dihabiskan di rumah, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti mencuci dan membersihkan kawasan rumah untuk kekal aktif.

#4. Amalkan Intermittent Fasting

Melalui intermittent fasting, salah satu petua kurus untuk membakar lemak badan yang tersimpan sejak sekian lama, anda secara tidak langsung akan dipaksa untuk mengurangkan pengambilan kalori harian.

Ada yang mengamalkan 16 jam puasa dan 8 jam waktu makan, dan ada juga yang mengamalkan 20 jam berpuasa dan hanya 4 jam waktu makan sebagai cara kuruskan badan dengan cepat.

Baca lagi | Rawat Masalah Rabun Dengan 10 Petua Mudah Ini!

#5. Lakukan Senaman dan Bersukan

Kerapkan bersenam dan bersukan setiap hari selama sekurang-kurangnya 30 minit bagi membakar kalori dan juga lemak badan dengan lebih cepat.

Aktiviti dengan intensiti tinggi seperti angkat berat, berjoging dan berlari juga boleh membantu menurunkan berat badan dengan cepat.

#6. Tips Kurus Dengan Cepat – Elakkan Makanan Diproses

Makanan sebenar ialah makanan yang tidak diproses. Maksudnya, jenis makanan ini boleh membantu mengenyangkan perut berbanding makanan diproses yang tinggi kalori dan tidak mengenyangkan.

Anda boleh mengambil sumber protein tanpa lemak seperti ayam dan ikan, serta sayur-sayuran yang rendah kandungan karbohidrat. Jenis makanan ini sangat mengenyangkan dan tidak mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

Baca lagi | 16 Tips Cara Urus Kewangan Dengan Bijak Dan Berkesan

#7. Kurangkan Berat Air Dalam Badan

Manakala untuk tampil lebih kurus dan ramping, anda perlu kurangkan berat air dalam badan dengan cara meminum kopi yang dikenali mengandungi kandungan kafein yang tinggi sebagai cara kurus dengan cepat.

Kafein dapat membantu anda membakar lebih banyak lemak dan menghilangkan lebihan air dalam tubuh.

Jangan culas, kekal disiplin jika ingin kurus! Dengan mengamalkan kesemua 7 petua kuruskan badan dengan cepat ini, anda akan dapat melihat kesan seperti yang diharapkan. Tip kuruskan badan ini bukan sahaja berkesan untuk diamalkan, ia juga dijamin selamat.

Read Previous

Mirra Andreeva Pemain Tenis Wanita Dunia Yang Baharu

Read Next

Gabungan 4 Parti Politik Sukarkan Gerakan Jatuhkan Kerajaan – Anwar

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.