Polis sedang menyiasat kes mural yang menampilkan pemimpin Malaysia di Shah Alam di conteng baru-baru ini, setelah kejadian itu menjadi viral dan mencetuskan kemarahan dalam talian.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib mengesahkan laporan polis dibuat berhubung perkara itu hari ini pada pukul 10 pagi.
“Pihak berkuasa tempatan telah mengambil tindakan membersihkan dan mengecat dinding di mana kerosakan itu berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.
Baharudin menambah, siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 504/427 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari lima, denda, atau kedua-duanya.
“Mereka yang mempunyai maklumat lebih lanjut boleh menghubungi ASP Yong Meng Heng di talian 019-5753399, atau balai polis terdekat,” katanya. Mural itu menampilkan enam pemimpin Malaysia, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan Menteri Hal Ehwal Islam, Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri.