MUDA atau Perikatan Demokratik Bersatu Malaysia pada hari ini telah mula menerima permohonan calon PRN yang disampaikan oleh orang awam. Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata semua calon yang dipilih akan bertanding dalam enam pilihan raya negeri secara bebas.
MUDA Sedang Mencari Calon PRN
Syed Saddiq turut memberitahu bahawa pihaknya kini sedang mencari beberapa individu yang berkelayakan untuk mewakili semua rakyat Malaysia.
Jelasnya, MUDA ingin orang awam menjadi calon rakyat di mana parti itu akan mendemokrasikan proses pada pemilihan calon dan pihaknya juga bermatlamat untuk menonjolkan calon yang lahir dari kalangan rakyat biasa pada sidang media yang diadakan pada hari ini.
Baca lagi | Permohonan Undi Pos PRN 6 Negeri Dibuka 15 Jun
Permohonan Tanpa Syarat
Menurut Ahli Parlimen Muar itu juga, permohonan itu boleh dimohon oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur mahupun pekerjaan. Tambah beliau lagi, pemohon juga tidak diwajibkan untuk menjadi ahli muda.
Sementara itu, Ketua Penerangan Muda Luqman Long turu menyatakan bahawa mereka juga telah pun membentuk sebuah jawatankuasa pemilihan yang bertujuan untuk mencari calon berkelayakan dan sesuai untuk dijadikan calon pilihan raya pada PRN enam negeri nanti.
Separuh adalah Calon Wanita
Menurutnya, calon yang dipilih akan dilihat berdasarkan keupayaan mereka dalam mengenal pasti isu-isu semasa, serta mampu untuk memberikan jalan penyelesaian. Mereka juga akan dinilai berdasarkan potensi masing-masing.
Tegasnya lagi, harapan MUDA pada PRN kali ini adalah dengan meletakkan separuh calon yang terdiri daripada golongan wanita.
Mengakui ia bukanlah satu tugas yang mudah, beliau juga mengharapkan bantuan dan usaha bersama parti itu untuk merealisasikan impian tersebut.
Baca lagi | Nurul Izzah Anwar Nafi Jadi Calon Pada PRN Negeri Pulau Pinang
Tanding Secara Solo
Terdahulu, Syed Saddiq memaklumkan bahawa partinya iaitu MUDA akan bertanding secara solo pada PRN ini di semua negeri yang terlibat.
Sebelum ini, parti itu juga turut memohon untu menyertai gabungan PH sebelum pilihan raya umum tahun lalu tetapi sehingga sekarang masih belum diterima sebagai ahli rasmi pakatan berkenaan. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Setiausaha Agung PH iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu bahawa beliau “terlalu sibuk” untuk menilai surat permohonan yang telah dikemukan oleh MUDA.